012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Jaga Cucu

>> 10.7.08

Minggu ini, mulai Sabtu malam Ahad, giliran Fathul bersama kami. Nasrul, abang kembar, ikut ibu dan ayahnya. Minggu depan Nasrul bersama kami. Begitulah bergilir minggu.

Pagi tadi kena jaga Fathul. Isteri keluar shoping dan masukkan duit untuk Anas di MCKK. Tengahari Wah balik dari kerja praktikal. Lepas zuhur, Fawzan talipon mintak duit. Nasib baik ada Wah kat rumah. Mintak tolong dia masukkan duit untuk Fawzan.

Petang, aku kemaskini komputer ini. Dah lemah longlai untuk beroperasi. Sekarang, alhamdulilLAH, nampak macam dah OK. Kejap lagi nak periksa kereta pula. Lepas tu pereksa motosikal. Wadoohh, belum pernah rehat. Tak pernah belajar angan-angan sejak dari kecil. Begitulah sibuknya pemimpin keluarga. Belum jadi pemimpin rakyat. RasululLAH pernah berehat sambil berangan-angan ke? Tentu tak pernah!

Malam nanti nak baca Qur^an, cari ayat-ayat pertanian untuk bolog dalam bahasa Arab. Tulis blog Arab pun tak ada software. Guna akal cipta kaedah dan cara tersendiri. Mudah-mudahan komputer ni tak pening lagi.

0 comments:

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP