Mendung Yang Mengusik Kenangan
>> 14.7.08
Semalam, Ahad, dan hari ini tidak ke mana-mana. Cuaca sentiasa mendung. Sesekali hujan renyai. Aku jaga cucu sambil membuat kerja-kerja depan rumah. Isteri kreditkan duit untuk Anas dan cari barang untuk Fawzan ke Tokyo 17 Julai nanti. Hmmm, queen control ke? Taklah!. Isteri dah letih buat kerja rumah, biar dia rehat sambil shoping.
Mendung-mendung begini, mengingatkan aku waktu-waktu musim sejuk di England tempohari. Masa tu, anak baru 3 orang. Bila salji turun, aku bawa anak-anak keluar rumah, main-main. Waktu malam pula sungguh indah muka bumi ini. Bulan tak ada, tapi dunia terang benderang akibat pantulan cahaya salji. SubhanalLAH!!!
0 comments:
Post a Comment