012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Perempuan Imam Dan Lelaki Makmum

>> 31.8.09

Beberapa waktu yang lalu, kita dikejutkan dengan berita Prof. Dr. Amina
Wadud mengimamkan solat Jumaat dan solat-solat yang lain di USA.
Lihat gambar-gambar atas.

Sedarkah kita bahawa wanita mengimamkan solat golongan lelaki sudah
diamalkan oleh sebilangan muslim di beberapa negara di barat dan Afrika.
Lihat gambar bawah sebagai contoh.


Read more...

Hati, Cinta Dan Nafsu

Dalam bulan Ramadhan biasanya orang bercakap mengenai Nafsu. Iaitu Nafsu Makan. Posting saya pagi ini juga mengenai Nafsu. Tapi, nafsu biasa dan bukannya nafsu makan.

Beberapa ahli falsafah mengenai jantina, cinta dan asmara menyatakan perbezaan antara wanita dengan lelaki ialah pada hati, cinta dan nafsu. Formula mengenainya adalah seperti berikut:

Wanita:
Hati = 1; Cinta = 2; dan Nafsu = 3.

Lelaki:
Hati = 1; Cinta = 10; dan Nafsu = 100.

Pengasas: Saya belum studi mengenai formula ini. Tapi, saya fikir ianya betul! Ada sesiapa boleh komen?

Read more...

Seksi: Realiti Atau Imaginasi?

>> 29.8.09

Ia seksi. Dia seksi. Realiti atau imaginasi?

Read more...

Gambar Ini: Apa Pendapat Anda

>> 28.8.09

Pada 21 Disember 1972, kalau tak silap, saya sampai di Cairo Airport, Mesir. Saya ke sebuah musalla untuk solat.

Saya terkejut menyaksikan beberapa wanita Arab sedang solat dengan hanya memakai skaf dan bermini-skirt. Semasa mereka duduk, seluruh kepala lutut dan sedikit hujung peha terdedah.

Selepas itu, di beberapa tempat lain, termasuk semasa saya di UK, saya menyaksikan beberapa wanita negara-negara Arab dan Afrika yang lain juga melakukan solat secara memakai skaf dan bermini-skirt. Malah, ada yang tangan baju setakat siku sahaja.

Kalau yang bersolat mendedahkan kaki, tanpa stoking, memang ramai. Apa pendapat anda mengenai gambar-gambar berikut:?

Atas: Gambar semasa solat.
Bawah: Gambar selepas solat.


Read more...

Ramadhan: Lelaki Dan Perempuan

>> 27.8.09

Puasa Ramadhan adalah ibadat yang mengukur kejujuran seseorang. Itu antara keistimewaannya berbanding solat dan ibadat-ibadat lain.

Puasa Ramadhan adalah ibadat yang amat mudah bagi golongan muslimat; dan ibadat yang amat berat bagi golongan lelaki. Itu sebab majoriti muslimat tidak meninggalkan puasa Ramadhan, kecuali uzur. Dan ramai lelaki yang tidak berpuasa Ramadhan atau berpura-pura berpuasa.

Justeru, jika anda memilih lelaki untuk dijadikan suami atau menantu maka pilihlah yang elok juga puasanya.

Solat Fardhu adalah ibadat yang mengukur kesetiaan seseorang. Itu antara keistimewaannya berbanding ibadat-ibadat lain.

Solat Fardhu adalah ibadat yang amat mudah bagi golongan lelaki; dan ibadat yang amat cerewet bagi golongan perempuan. Itu sebab majoriti lelaki melakukan solat dan ramai juga wanita yang malas untuk bersolat.

Justeru, jika anda memilih perempuan untuk dijadikan isteri atau menantu maka pilihlah yang elok juga solatnya.

Lelaki yang baik puasanya berkahwin dengan perempuan yang baik solatnya, maka rumahtangga mereka dihiasi dengan kejujuran dan kesetiaan.

Read more...

Muslim-Melayu Kemaruk Makan

>> 26.8.09

Sebelum ini saya tulis pasal Muslim-Melayu Mentaliti Rendah Ketika Ramadhan. Justeru, posting sebelumnya, lahir bid'ah dan khurafat bentuk baru iaitu Pasar Ramadhan.

Muslim-Melayu juga, apabila dalam bulan Ramadhan, kelihatan KEMARUK makanan. Awal petang lagi dah mula beli berbagai kuih-muih, minum-minuman dan lauk-pauk. Dari gaya membeli, seolah-olah mereka terlalu KEBULUR dan macam tak pernah jumpa makanan.

Sikap Kemaruk Dan Kebulur ini bukan untuk rumah masing-masing sahaja. Di surau-surau dan mesjid-mesjid juga begitu. Ada pula jadual MORE dan giliran bawa juadah. Sampai empat-lima kali dalam sebulan Ramadhan.

Dalam masyarakat Melayu, pada bulan Ramadhan memang tak ada hantu. Tapi, tempat hantu diambil-alih oleh bid'ah dan khurafat.

Majukanlah cara hidup yang Islamik. Usah ikuti adat Melayu yang Kemaruk lagi Kebulur itu!!!

Read more...

Muslim-Melayu Mentaliti Rendah Ketika Ramadhan

>> 25.8.09

Saya bersyukur kerana ibu dan ayah tak pernah belikan mercun semasa bulan Ramadhan. Dan, saya bersyukur kerana anak-anak tak pernah komplen pasal tak pernah belikan mercun untuk mereka di bulan Ramadhan.

Kenapa Muslim-Melayu kelihatan berbangga membawa anak-anak kecil ke kedai membeli mercun? Malah, seperti berlawan-lawan antara satu sama lain? Yang peliknya, mereka termasuk golongan terpelajar dan ahli-ahli agama (ustaz-ustaz dan kaki mesjid)? Mereka yang membeli mercun untuk anak-anak merasa hebat ke?

Sudah, sudahlah tu!

Read more...

Qariah Ramadhan Di Dataran Stadium

"Sementara kelainan dan keunikan Qariah Ramadhan khususnya pada Khemah Terawih ialah berhawa dingin dan beraroma Timur Tengah, dengan muatan seramai 2,000 jemaah pada satu-satu masa."

Layari Qariah Ramadhan

Read more...

Bulan Ulamak Dan Bulan Artis

Dalam bulan Ramadhan ini, siaran TV dan Radio banyak menampilkan para ustaz-ustaz untuk bercakap mengenai puasa dan yang berkaitan dengannya seperti tarawih, fitrah dan lailatul-qadar.

Kebanyakan huraian mereka agak sama dengan tulisan dalam buku-buku dan serupa dengan yang diperkatakan pada tahun-tahun yang lepas. Amat kurang sentuhan yang amat tepat dengan amalan bid'ah dan khurafat dalam masyarakat Melayu.

Namun, menampilkan mereka ke dalam siaran TV dan Radio adalah lebih baik dari mengisi rancangan dengan slot-slot yang lagha lagi negatif. Justeru, bulan Ramadhan, dari suatu aspek, bolehlah dikatakan Bulan Ulamak.

Bila menjelang Syawwal, siaran TV dan Radio berubah cara. Ulamak pun sudah tiada tempat lagi. Dalam bulan ini, TV dan Radio menampilkan para artis dengan pelbagai program yang entah apa faedahnya. Hiburan, hiburan, hiburan. Hiburan tak bertapis dan tanpa panduan agama. Hiburan-hiburan beginilah hidangan untuk anak-anak kita. Justeru, bulan Syawwal, dari suatu aspek, bolehlah dikatakan Bulan Artis.

Rumusannya: Bulan Ramadhan Bulan Ulamak. Bulan Syawwal Bulan Artis. Atau, Bulan Ramadhan Bulan Mulia. Bulan Syawwal Bulan Hiburan. Amalan khurafat dan bid'ah yang ada terus berkekalan; dan akan bertambah dari semasa ke semasa.

Read more...

Ramadhan: Kesihan Sikap Dan Mentaliti Melayu

>> 23.8.09

Dalam bulan Ramadhan, kebanyakan muslim di Malaysia akan menghadkan kehidupan mereka dalam ruangan yang amat sempit. Tumpuan hidup seharian hanya kepada so-called berkaitan dengan Ramadhan dan persiapan hariraya.

Bangun pagi bersiap-siap mencari idea untuk makanan ketika berbuka nanti. Bila petang, sibuk dengan persiapan untuk berbuka. Bila malam, berfikir untuk persiapan berhariraya. Lalu diadakan bid'ah dan khurafat baru, iaitu Pasar Ramadhan.

Kepada mereka, Ramadhan dan hariraya adalah sesuatu yang amat luar-biasa dalam kehidupan. Sedangkan Rasulullah dan para sahabat melaluinya secara biasa sahaja. Tiada yang berlebihan dan tiada yang bertambah kecuali ibadah serta taqwa.

Kesihan dengan sikap serta mentaliti muslim Malaysia!!!
_______

Posting berkaitan
Amalan Salah Menyambut Raya

Read more...

Khamis, Jumaat Dan Sabtu

>> 22.8.09

Khamis, 10 pagi bergerak ke Kuala Kangsar menyusur jalan pantai. Jemput Anas di MCKK, makan tengahari dengan MSK, BikirPerak dan Abd Malik. Sampai di rumah 10.28 malam.

Jumaat, mulai puasa Ramadhan. Lepas berjumaat, ke Putrajaya jemput Fawzan di SAS. Petang, masak lauk daging cara Arab. Habis licin.

Sabtu, tengahari ke KL ada urusan. Hujan lebat dari rumah hingga KL. Petang, masak lauk ayam cara Arab. Habis licin.

Read more...

Gagal Nampak Anak-Bulan

>> 21.8.09

Jawatankuasa Melihat Anak-Bulan bagi negara-negara Jordan, Arab Saudi, Mesir, Bahrain, Qatar, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait, Qatar, Yaman, Lubnan, Syria, Tunisia, Algeria, Palestin dan Persatuan Ulama Sunni Iraq telah gagal melihat anak-bulan Ramadhan pada petang Khamis semalam. Justeru, mereka mulai berpuasa pada hari Sabtu, 22 Ogos 2009. Negara-negara tersebut memilih kaedah Rukyah.

Manakala muslim negara-negara Eropah, negara-negara yang memilih kaedah Hisab (Falak atau Astronomi) dan kebanyakan ahli falak atau astronomis (astronomers) memulakan puasa pada hari ini, Jumaat, 21 Ogos 2009.

Read more...

Award Dari Blogger Dida

Tiga hari lepas blogger Dida telah menganugerahkan award kepada beberapa rakan mayanya, termasuk saya.

Saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas award tersebut. Saya juga minta maaf kerana lambat mengambilnya. Di bawah ialah Award tersebut:

Read more...

Awal Ramadhan Dan Syawwal 2009 (Suatu Email)

>> 20.8.09

Berikutan dari dua posting sebelum ini, saya menerima beberapa email. Antara yang sungguh baik lagi bernas ialah email di bawah. Saya sengaja tidak memasukkan nama pengirimnya kerana saya tidak memohon izin daripanya. Berikut ialah email yang dimaksudkan:

Assalamu alaikum Dr Abdul Wahab,
Saya begitu tertarik dengan niat saudara untuk memulakan puasa pada hari Jumaat 21/08. Memang betul mengikut perkiraan astronomi, bulan terbit pada 20/08 jam 6.01 petang. Mengikut kaedah penentuan samada anak bulan boleh kelihatan di ufuk di waktu maghrib ialah anak bulan telah berusia lebih daripada 6 jam (atau pun 8 jam, maaf saya dah lupa usia anak bulan yang sebenarnya, tetapi dalam mel ini apabila saya nyatakan 6 jam ianya juga bermaksud atau 8 jam). Ini kerana kalau usia anak bulan kurang daripada tempoh tersebut, anak bulan tersebut tidak boleh dilihat di ufuk pada waktu maghrib. Kaedah ini adalah satu di antara banyak lagi kaedah yang digunakan oleh pihak berkuasa agama Islam di Malaysia untuk menentukan samada anak bulan boleh kelihatan di ufuk atau tidak. Jadi, berdasarkan pengiraan astronomi tersebut, usia anak bulan kurang daripada 6 jam dan tidak akan kelihatan di ufuk pada waktu maghrib. Maka, puasa di Malaysia InsyaAllah bermula pada 22/08.

Lupa pulak saya nak maklumkan, di dalam kalendar Islam, hari (tarikh) baru bermula pada waktu maghrib. Berbeza dengan kalendar Gregorian yang bermula pada tengah malam. Sebab itu kita kena tengok anak bulan pada waktu maghrib. Sebab itu juga, selepas maghrib hari Khamis kita panggil malam Jumaat.

Begitu juga dengan penentuan bulan Syawal. Kiraan astronomi bulan terbit pada 19/9 jam 2.44 pagi. Oleh kerana puasa di Malaysia bermula 22/08, tarikh melihat anak bulan ialah pada 29 Ramadan iaitu pada hari Sabtu, 19/09. Kalau saudara telah berniat untuk berhari raya pada 19/09, maka tarikh lihat anak bulan adalah pada waktu maghrib hari Jumaat, 18/09. Mengikut kiraan astronomi, pada waktu maghrib tersebut tidak ada anak bulan kerana belum terbit lagi. Jadi sepatutnya tak boleh berhari raya lagi. Apabila pada waktu maghrib hari Sabtu, 19/09, anak bulan akan muncul di ufuk kerana usianya telah melebihi 6 jam. Maka, hari raya akan disambut pada hari Ahad, 20/09.

Saya memang tidak menafikan ketepatan kaedah pengiraan astronomi. Cuma, bila kita hanya berpandukan kepada kaedah pengiraan astonomi (ilmu), ini bermakna kita hanya berpandukan kepada akal semata-mata. Dalam kehidupan kita di dunia ini, sebagai orang Islam kita tidak boleh berpandukan kepada akal semata-mata. Kita juga perlukan panduan daripada Al-Quran & Sunnah Nabi s.a.w.
Wassalam.
______

Tanpa ingin memanjangkan jawapan dalam ruangan ini saya hanya menyatakan:

1. Ayat 185, surah al-Baqarah "... فمن شهد منكم الشهر فليصمه ...". Menyaksikan yang saya fahami ialah menyaksikan keujudan. Sama dengan menyaksikan keujudan para malaikat dan hari akhirat. Menyaksikan keujudan dengan ilmu lebih baik dari menyaksikan dengan mata-kasar. Namun,
2. Hadith "... صوموا لرؤيته ..." adalah sebahagian dari kaedah-kaedah penyaksian yang diajarkan oleh Rasulullah. Hadith ini tidak berasingan dari ayat al-Qur^an. Mana mungkin otoriti Rasulullah berasingan dari firman Allah.
3. Nas-nas di atas tidak meletakkan sebarang syarat usia anak bulan (6 atau 8 jam seperti yang anda sebutkan). Meletakkan syarat usia anak bulan, bererti memasukkan akal ke dalam hadith serta ayat al-Qur^an. Saya bersetuju kita tidak menggunakan akal, lebih-lebih lagi mencampurkan akal mengatasi keumuman hadith serta firman Allah.
4. Apabila petang Khamis sudah ada anak bulan Ramadhan, saya tidak berani menyaksikan bahawa siang hari Jumaat (bermula dari terbit fajar) adalah siang hari Sya'ban. Begitu juga, apabila tengahmalam Sabtu sudah ada anak bulan Syawwal, saya tidak berani menyaksikan bahawa siang hari berikutnya (bermula dari terbit fajar) adalah hari Ramadhan. Saya menjadi mukallaf kerana saya berakal.
5. Saya berpuasa dan berhariraya mengikut syara' iaitu bermula dari terbit fajar dan bukan bermula dari tenggelam matahari. Justeru, saya solat 'eid ketika siang.

Mengenai isu lain tidak perlu dijawab, kerana ia berkaitan dengan ilmu 'aqli semata-mata.

Yang benar hanya dari Allah. Sebarang kesilapan dari diri saya sendiri. Terima kasih kepada yang mengirim email.

Read more...

Awal Ramadhan Dan Syawwal 2009

>> 19.8.09

Beberapa email kawan meminta dipanjangkan sedikit posting saya sebelum ini. Saya hanya dapat menulis begini:

Menurut kiraan astronomi hari 01 Ramadhan ialah pada 21 Ogos 2009, Jumaat. Dan 01 Syawwal ialah pada 19 September 2009, Sabtu. (20 Ogos, jam 6.01 petang awal bulan; dan 19 Sept. jam 2.44 pagi awal bulan).

Kita berpuasa hanya 29 hari. Kerana Bulan Qamariyah tidak pernah 30 hari. Ia hanya 29 hari, 12 jam, 44 minit dan 2.8 saat sahaja.

Ini hanya akademik, ilmu atau sains. Ia bukanlah Fatwa dan tiada kaitan dengan pentadbiran kerajaan. Maksudnya, ini adalah untuk amalan peribadi saya dan tidak mengajak mana-mana rakyat Malaysia untuk mengikutinya.

Wallahu A'lam!

Read more...

Saya Mulai Puasa Ramadhan 21 Ogos 2009

Pada jam 6.01 petang Khamis, 20 Ogos 2009 bermula bulan Ramdhan. Justeru, saya akan memulakan puasa Ramadhan pada hari Jumaat, 21 Ogos 2009, berdasarkan kiraan sains astronomi.

Read more...

Wanita Dan Tangisan

>> 17.8.09

Mulai posting ini, saya mengubah tema santai.

Hanya ada dua sebab wanita benar-benar menangis:

Pertama, kerana terkenang masa silam yang manis; dan
Kedua, kerana terbayang masa depan yang gulita.

Hanya lelaki yang tolol benar-benar turut menangis.

Jangan mare hey!

Read more...

Seronok Orang Dalam Gambar Ni?

Saya fikir, semua orang bersetuju mereka berkahwin. Tapi, Akil menceraikan isterinya sebelum ini mungkin ramai yang tak bersetuju. Betul ke?

Read more...

Popular Di Dunia: Mari Kita Mengenalinya

>> 16.8.09

Semua orang dah dengar mengenai H1N1. Di bawah ada dua gambaran yang memudahkan kita mengenalinya.


Antara usaha untuk menghindarinya sila lawati Cegah H1N1

Read more...

Sistem Perubatan Bersepadu Tangani H1N1

>> 14.8.09

Semalam, separuh berterus-tarang, kerajaan mengakui tidak mampu memantau semua sekolah mengenai isu H1N1. Malah pada realitinya memang wabak ini bergerak bebas dalam negara sekarang ini.

Semalam juga, negara kita adalah juara wabak H1N1 di Asia dan ke 9 di dunia. Berita awal malam tadi mengukuhkan lagi kedudukan tersebut.

Sistem perubatan yang diterima-pakai oleh negara kita hanya perubatan Allopathy. Ramai orang menganggapnya sistem perubatan morden dan tercanggih di dunia. Justeru, kerajaan berusaha menjadikan negara kita sebagai negara pelancongan kesihatan dan perubatan.

Khabarnya, dalam bidang perubatan, negara kita cukup hebat. Kebanyakan hospital mempunyai kemudahan perubatan yang tercanggih di rantau ini. Khabarnya juga, pusat-pusat rawatan swasta lebih hebat dari hospital-hospital kerajaan. Hingga para pesakit merasa bangga kerana mendapat rawatan dari pusat-pusat tersebut.

Sedarkah kita, sebenarnya, negara kita kekurangan doktor? Dalam apa jua bidang. Sedarkah kita, sebenarnya, yang dikatakan kemudahan atau peralatan perubatan canggih itu bukanlah bidang perubatan? Semua peralatan canggih itu adalah bidang kejuruteraan. Justeru, wabak H1N1 tidak mampu ditangani.

Apa salahnya jika kerajaan menerima-pakai pelbagai sistem perubatan, bukan sekadar sistem allopathy sahaja? Buktinya, negara-negara mundur lagi miskin mampu menangani wabak tersebut dengan pelbagai sistem. Justeru, negara-negara mundur, miskin lagi kotor tidak mampu menjadi juara H1N1.

Read more...

Gumbira Dapat Award Dari AnakLaut

Semalam saya ziarah blog AnakLaut dan baca senarai penerima Award. Ada nama saya. Tapi tak berani komen apa-apa. Sebab takut pelanduk dua serupa.

Malam tadi, beliau ziarah ke blog ini dan jemput saya menerimanya. Barulah sah dan betul nama itu ialah nama saya. Jadi, saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada AnakLaut. Semoga Allah memberi ganjaran yang sebaiknya kepada beliau. Tak sangka orang lama macam saya pun boleh dapat award.

Inilah Award dari
AnakLaut:


Read more...

Gambar: Kenangan Lebih Indah Darinya

>> 13.8.09

Gambar atas: Dirakam dalam bulan Disember 1983, di hadapan rumah sewa di Balsall Heath, Stradford Road, Birmingham. Dalam kenangan lebih indah dari dalam gambar.

Gambar bawah dimuatturun dari blog
Creative Journeys

Read more...

Cegah H1N1

>> 12.8.09

Selama 3 hari suntuk saya berehat. Betul-betul berehat untuk mengembalikan kesihatan dan tenaga. Semasa berehat, hanya dua-tiga kali sahaja menyentuh komputer.

Rehat kali ini adalah terpaksa. Terpaksa kerana bimbang diserang H1N1. Ubat cegah H1N1 memang ada dalam simpanan. Tapi tak pernah guna. Saya memang malas dan muak dengan ubat. Dah berpuluh tahun bergelumang dengan ratusan jenis ubat homeopati.

Anak saya yang jadi doktor perubatan tu dah sekian lama tak berhenti batuk. Sampai tak berani tidur sekali dengan anak-anak. Bila dengan anak-anak, terpaksa pakai topeng. Malam Ahad lepas, batuknya menjadi-jadi. Saya sedih tengok dia batuk. Macam bukan doktor. Saya beri dia ubat homeopati. Dengan kuasa Allah, alhamdulillah, beberapa minit kemudian terus mulai lega. Dia bawa balik ubat itu ke rumahnya, untuk dia dan anaknya yang juga batuk.

Sekarang ini, jika anda merasa letih luar-biasa maka eloklah berehat. Terutama mereka yang dah berumur, lebih-lebih lagi yang dah bergelar warga emas. Sambil berehat, minumlah air halia. Halia menyumbang kepada kesihatan dan mengelak dari asas-asas tarikan H1N1.

Sila layari
Halia 1
, Halia 2, Halia 3, Halia 4, Halia 5, Halia 6, Halia 7, Halia 8, Halia 9 dan Halia 10. Harga halia juga amat murah.

Read more...

Sebok Berlagak Kerja

>> 8.8.09

Petang Jumaat tolong jiran buat kerja kenduri kawin anaknya. Tolong sikit saja, iaitu gorengkan ayam. Lepas maghrib, ke situ lagi. Makan campur dengan borak-borak, pukul 12.00 malam barulah balik. Rehat sekejap, kemudian keluar lagi kerana giliran berjaga rukun tetangga, sampai 5.30 pagi Sabtu.

Sayangnya, berjaga sorang diri sahaja. Kawan tak ada yang keluar. Itu mereka punya pasal. Saya, walaupun sorang, tetap meronda. Lagi banyak kali meronda. Rumah kawan yang tak turun pun saya ronda.

Lepas subuh, saya tidur sebentar. Jam 10.22 Sabtu, saya bangun dan tolong lagi. Maklum, jiran selang dua pintu sahaja. Pukul 2.00 petang, saya tidur semula. Letih, memang letih. Petang, dua orang cucu sampai. Malam, lagi dua cucu sampai.

Posting ini ditulis ketika tengah malam. Mata dah segar dan susah nak tidur.

Read more...

Gempar: Penyakit Merbahaya Baru Turun KeBumi

>> 6.8.09

Berita rangkaian 107, pukul 7.00 petang, sebentar tadi memaklumkan satu lagi penyakit sangat merbahaya yang baru turun ke sebuah daerah di negeri China.

Penyakit tersebut bermula dari seekor anjing yang memakan bangkai seperti tikus. Penyakit tersebut hanya disebut (mungkin sementara) sebagai Pneumonia dan boleh berjangkit melalui udara. Pesakit, jika tidak dirawat dalam masa 24 jam maka ia akan mati.

Maksudnya, jika melalui udara maka ia cepat, meluas dan akan mengelilingi dunia dalam masa beberapa hari sahaja. Apa pendapat anda?

Read more...

Gambar Dan Senarai Pemenang

Dengan ini maka saya umumkan senarai para pemenang bagi peraduan Meneka Gambar.

1. alfiera696@gmail.com dengan markah 5.5 per 6.0
2. sumurwang@yahoo.com dengan markah 4.0 per 6.0
3. radenjowo@yahoo.com dengan markah 3.0 per 6.0

Hadiah yang akan diberikan: 1. Tepat; 2. Hampir tepat; dan 3. Separuh tepat. Diharapkan para pemenang supaya memaklumkan kepada saya akan alamat mereka untuk tujuan penghantaran. Sama ada melalui email atau tinggalkan dalam ruang komen posting ini.

Kepada yang tidak berjaya, saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kerana sudi menyertai peraduan ini dan janganlah bersedih. Insya Allah, dijangka akan ada lagi peraduan di masa hadapan.

Kepada yang memberi berbagai cadangan membina dan lebih baik juga diucapkan setinggi-tinggi terima kasih. Buat masa ini, inilah sahaja hadiah-hadiah yang mampu saya sumbangkan. Maaf zahir batin.

Read more...

Gambar Dan Jawapan

>> 5.8.09


Setelah waktu mengirim jawapan ditutup, tiada seorang pun yang dapat menjawab dengan tepat. Yang ada hanya hampir tepat dan separuh tepat.

Jawapannya ialah:

1. Mereka dalam gambar ialah pengasas dan MSK (atau apa jua nama yang merujuk kepada mereka). Isu yang sesuai mereka perkatakan ialah CERIA, DUN Perak dan Bloggers.

2. Barang nombor 1 ialah keratan batang anggur dan nombor 2 ialah keratan batang sutera.

3. Gambar dirakam ialah di Kuala Kangsar.
______

Klu jawapan ada dalam mana-mana blog peribadi.
______

Patutkah saya siarkan nama mereka yang berjaya atau saya hubungi mereka melalui email sahaja?

Read more...

Suami Hanya Sebagai Pembantu

>> 3.8.09

Posting saya semalam hanya ada 4 pengomen sahaja.
Tetapi, pada saya, cukup untuk saya menulis posting ini.

Biasanya, apabila anak-anak berjaya, maka tahniah yang diberi
ialah banyak kepada bapa. Dalam hidup saya juga begitu. Namun,
pada fikiran saya, yang paling berhak menerima tahniah itu
ialah ibu. Bapa hanya sekadar tumpang toi saja.

Cuba kita kira betul-betul sejak dari mengandung. Hanya ibu yang
berkurban. Bapa tidur lena. Bila melahirkan, hanya ibu yang bergadai
nyawa. Bapa hanya senyum bangga. Semasa berpantang, hanya isteri.
Suami lepas bebas.

Semasa anak kecil, yang 100% concern
ialah isteri. Suami tolong, apabila diminta. Setengah suami langsung
tak boleh diharap. Bancuh susu pun tak ikut sukatan. Saya, semua anak
menyusu pada ibu. Langsung tak tau bancuh susu.

Bila anak-anak membesar dan bersekolah, ibulah yang bising tapi
bersabar. Bapa hanya tengking. Ada juga yang tempeleng. Bagi diri
saya sendiri, pagi-pagi dah keluar. Balik rumah, lewat petang dan
selalu juga lewat malam. Kalau out-station lagi lah.

Walaupun kami berkelah setiap minggu atau 2 minggu sekali, yang
menguruskan ialah isteri. Saya menolong dari aspek kewangan sahaja.
Spiritual, isterilah. Bila mengajar Quran, isterilah yang paling
tekun. Kena giliran saya, kadang-kadang kena cuti, isterilah
yang ganti.

Saya fikir, sebaik-baik suami pun, belum cukup markah untuk terima
tahniah kerana berjaya mendidik anak. Saya dah cuba jadi ayah yang
terbaik, tapi masih tak cukup markah. Itu sebab, sekarang ini, apa-apa
yang berkaitan dengan kejayaan anak, saya paskan kepada isteri.
Kadang-kadang, anak-anak nak beri hadiah. Tapi mereka dah tahu,
abah tak nak terima hadiah. Kerena, pada abah, hanya emak yang
layak terima hadiah dari anak-anak.

Ya Allah, ampunilah daku kerana tak cukup markah untuk
menyaingi isteriku mendidik anak-anak!

Read more...

Gambar Kenangan Desember 1982

>> 1.8.09

Gambar kenangan di depan rumah sewa kami di Birmingham, Desember 1982. Di belakang isteri dan anak-anak ialah pokok-pokok epal dan pear.

Dari gambar inilah lahir idea dan hasrat membuat kajian mengenai pembenihan pokok-pokok temperate. Kajian yang banyak mengorbankan masa, tenaga, fikiran dan perbelanjaan selama bertahun-tahun.

Alhamdulillah, kini, telah berjaya. Ketiga-tiga anak dalam gambar ini juga telah berjaya. Yang paling berjaya ialah isteri saya. Dia telah bertungkus-lumus mendidik semua anak secara full-time.

Read more...

Mengunjungi Adik, Terjumpa Ipar, Di Maya

Sebentar tadi merayau di alam maya. Singgah di blog adik di Kedah. Terjumpa blog ipar di Temerloh dan blog adik di Pahang.

Nampaknya, ramai betul kaum keluarga yang berada di alam maya sekarang. Kalau nak angkat geng macam orang-orang di zaman jahiliyah dah boleh ni!!!

Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP