012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Menangilah Hadiah Meneka Gambar

>> 29.7.09

Sebagai menghargai rakan-rakan maya, bloggers dan bukan-bloggers, saya anjurkan peraduan menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan gambar di atas.

Penyertaan adalah terbuka kepada semua yang berusia 18 tahun ke atas, tanpa diskriminasi kaum - agama - jantina dan status, kecuali mereka dalam gambar dan ahli keluarga terdekat mereka. Hadiah-hadiah terdiri dari:

1. Jawapan tepat: 5 keratan benih pohon anggur dan 4 keratan benih pokok sutera.
2. Jawapan hampir-tepat: 4 keratan benih pohon anggur dan 3 keratan benih pokok sutera.
3. Jawapan separuh-tepat: 3 keratan benih pohon anggur dan 2 keratan benih pokok sutera.

Hanya 3 hadiah yang disediakan. Tiada hadiah saguhati.

Soalan-soalan peraduan ialah:

1. Siapakah mereka dalam gambar tersebut dan cadangkan 1 isu sesuai yang mereka perkatakan?
2. Apakah barang-barang di hadapan mereka yang bertanda nombor 1 dan nombor 2.
3. Di mana gambar itu dirakamkan (nama kampung, nama pekan atau nama bandar).

Hantarkan jawapan serta no. hp melalui email kepada universiti.maya@yahoo.com sebelum 12.45 malam, akhir Julai 2009.

Keputusan hakim adalah muktamad. Saksi penghakiman: Allah s.w.t.

12 comments:

anak laut July 29, 2009 at 2:21 AM  

salam...prof.

saya akan menyertinya..

Yong July 29, 2009 at 8:54 AM  

Huhuhu...Yong nak ikut meneka. Tapi Yong boleh jawab 1 soalan je. Ape pasal susah sangat soalan ni Doc. lebih teruk dari soalan nak pas LAW je.

NJ July 29, 2009 at 4:45 PM  

salam prof...

isk3... susahnya soklan.... cmne nk dpt hadiah...

Guru July 29, 2009 at 5:06 PM  

susahnya soalan

napa tak letak gambar siti bersembang ngan mawi...

Mamamat July 30, 2009 at 1:02 AM  

Salam Dr.
Bolehker teman mencuba.
Yang baju belang tu, tuan rumah besor di seberang jalan. Rumah orang besor 16. Restoran ni sebelah Caltex.
Yang berjanggut tu gembala kambing. Sebab tu dia boleh paham cakap kambing dan kambing paham cakap dia.
No. 1 ranting kayu rumah yang dikutip tepi jalan. Boleh buat kayu api.
No. 2 keghotas minyak. Dalamnye ada makanan kambing. Kalo lapor boleh cicah dengan teh tarik.
Pekannye .. bukan pekan orang biasa-biasa
Gerenti betuinye. Tahniah. Teman menang!!
Maaf Dr.

Panglipulara® July 30, 2009 at 12:11 PM  

MAMAT<

Mana aci mike bagi klu 900% tepat, wakaka terlior le teman nak dapat hadiah mengkalu mike juin peraduan ni...

Al-Kisah H.K. July 31, 2009 at 2:37 PM  

Alah, Paklong ni.Syarat ketat sangat laa.Semua soalan Hafiz tahu jawapannya.

Al-Kisah H.K. July 31, 2009 at 3:09 PM  

Yela Paklong ni,semua Nasriyah boleh jawap.Tapi syarat ketat sangat laa,kalau tidak abang Hafiz no.1,Nasriyah no.2,Fawwaz no.3.

Doktor Comel July 31, 2009 at 4:48 PM  

Paklong, Fawwaz kata dah jumpa jawapan, blh dapat nombor tak?

Pengasas August 1, 2009 at 3:13 PM  

W'Salam semua,

AnakLaut,
Jawapan sudah diterima.

Yong,
Klu jawapan ada dalam posting2 yang lepas.

KpSpn,
Mana susah soklan tu. Macam kacang je.

KlCitien,
Mawi orang popular. Semua orang jawab dengan tepat. Tak cukup hadiah.

AnakMuallaf,
Klu tu memang banyak. Cubalah tinjau-tinjau.

Mamamat,
Isytihar menang, tapi belum cukup syarat peraduan.

Panglipulara,
Jawapan sudah diterima.

Pengasas August 1, 2009 at 3:17 PM  

Salam AlKisah dan DoktorComel,
Syarat peraduan ni 18 tahun ke atas. Insya beberapa tahun lagi paklong anjurkan peraduan yang lain pulak.

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP