Gambar Mamamat Dan Uda Kenang Resmikan ....
>> 26.7.09
Dango Mamamat dan Dango Uda Kenang adalah asas projek CERIA bloggers network Perak. Tanah tapak adalah milik Mamamat dan Uda Kenang. Mereka adalah guru biasa di dunia ini. Insya Allah, mereka adalah jutawan akhirat. Amiin ya Rabbal-'alamin!!!
Turut hadir ialah bloggers AnakPakUtuh, ManjungMari, Al-Banjari dan Tarmizi. MSK (PrimaMaya), secara mengejut tak dapat hadir. Dia diperlukan buat presentation dalam suatu kursus besar. Jadi, hanya kami sahajalah yang berbincang dan merancang.
Semalam juga, saya diminta meresmikan penanaman anggur. Tapi, saya katakan, orang yang menyumbanglah yang meresmikannya. Bukan macam amalan biasa, orang kampung yang bertungkus-lumus, orang luar yang tak kena-mengena pulak yang meresmikan. Jadi, Mamamat dan Uda Kenang lah yang meresmikan penanaman dua anak pohon anggur. Lihat gambar mereka di bawah.
Kami juga bercadang untuk membuat 5 buah chalet (podok kecil) yang berharga antara RM1,200 - Rm1,500 sebuah untuk diwakafkan kepada CERIA. Dan caranya ialah sama ada secara berseorangan atau secara berkongsi. Umpanya, 1 orang untuk satu chalet, 10 orang untuk 1 chalet atau 20 orang untuk 1 chalet.
Jadi, sesiapa, bloggers atau bukan bloggers, yang ingin menyumbang atau maklumat lanjut bolehlah menghubungi Mamamat, MSK, ISA atau saya.
Contoh bentuk chalet yang dicadangkan atau yang lebih murah.
12 comments:
Sudah di jangkakan...
salam...Dr,
saya sangat bangga dan kagum dengan aktviti2 Dr, saya mendoakan pada allah swt, agar segala perancangan yg Dr buat, berjalan lancar..diberi kejayaan..:)
Salam Tuan,
Tahniah .. ! Semuga berhasil. Saya tumpang gembira.
Teringat pokok anggur, teringat Tuan.
wakakaka !!!
assalamualaikum dr@pengasas
mudah2an apa yg dr usahakan akan berlipat ganda keuntungannya..dan sentiasa dipermudahkan Allah.mudah2an dr diberi kesihatan yg baik..amin.
Salam Dr.
Wah.. menapak lagi ke arah kejayaan. Insya Allah di dunia dan akhirat. Cemburu juga rasanya saya!
Tahniah buat semua yang terlibat.
Salam ISA,
Pagi tadi saya dan Mamamat sambung perbincangan semalam.
W'Salam AnakLaut,
Saya hanya penyokong orang-orang muda berbuat baik. Dapat menyokong pun jadilah kan?
W'Salam WartaMaya,
Kami dah sampaikan salam tuan kepada kawan-kawan di Perak; dan mereka juga berkirim salam untuk tuan.
W'Salam Ida,
Semua tu adalah usaha orang-orang muda yang berhati mulia. Saya wajib sokong setakat yang terdaya.
W'Salam MountDweller,
Mudah-mudahan hasrat kawan-kawan itu berjaya. Bila siap kelak, kita boleh bersantai di sana. Terbuka untuk semua rakan dan keluarga.
Ini adalah usaha Mamamat dan Uda Kenang.
Salam Pakcik.
Semoga dirahmati Allah.
Tahniah Pakcik.
Kat sini,kalau honeymoon pun best jugak..:)
Salam Prof...
Satu aktiviti yang menarik... utk saham akhirat... tahniah kpd Prof dan rakan2 bloggers...
Post a Comment