Baby For Sale: Suatu Bidang Keusahawanan?
>> 27.7.09
1. Suami adalah mandul. Sedangkan isteri tidak.
2. Isteri adalah mandul. Tetapi suami tidak.
3. Kedua-dua mereka mandul.
4. Kedua-dua mereka tidak mandul.
Di negara barat, mereka ini tidaklah merasa buntu atau risau. Mereka masih boleh berusaha mendapatkan anak sendiri. Ada banyak cara dan berbagai usaha.
Antara usaha mereka ialah melalui khidmat Baby For Sale. Dan aktiviti yang dimaksudkan bukanlah seperti yang difikirkan oleh kebanyakan orang, iaitu menjual atau membeli bayi. Kerana, anak yang dibeli bukanlah anak sendiri. Anak sendiri yang dimaksudkan oleh golongan ini ialah anak yang dilahirkan oleh isteri sendiri.
Begitu juga dengan peniaga bayi. Bukanlah bayi yang sudah dilahirkan itu yang dijual. Tetapi bayi yang belum dilahirkan yang dipasarkan. Caranya ialah, isteri pasangan yang tidak mendapat anak, akan bersama dengan lelaki penjual bayi untuk beberapa ketika, dengan bayaran yang tertentu.
Biasanya, isteri yang mandul juga boleh mengandung setelah bersama penjual bayi tersebut. Adalah dipercayai, lelaki tersebut bukanlah sebarangan. Justeru, bukan semua lelaki boleh menjadi usahawan penjual bayi.
Mungkinkah keadaan begini sebenarnya sedang berlaku juga di negara kita???
6 comments:
aii... lelaki tu juga yang seronoknya.ish...ish
salam...Dr.
a kl citizen, seronok apanya, dia hanya mahu membantu saja..:)
info Dr yg sangat menarik..
Salam KLCitizen,
Khabarnya, usahawan tu kena makan berbagai hormon dan entah apa pemakanan lagi, supaya yang mandul boleh mengandung.
W'Salam AnakLaut,
Dulu saya dengar desas-desus kata kat negeri kita pun dah ada. Malah lebih canggih sistemnya.
Benar atau tidak, wallahu a'lam.
Salam Dr.
Pada baya kita ni, agaknya masih kuat ke nak jadi penjual bayi?
W'Salam MountDweller,
Baya kita ni nak berdiri solat pun dak bergoyang lutut oiii. Itu sebab solat sunat selalu cara duduk jer.
Post a Comment