012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Seperti DiBius, Tertidur 10 Jam

>> 22.7.09

Lepas maghrib semalam, isteri ke pasar malam. Saya minta dia belikan sebungkus nasi beriani, lauk daging rendang. Kira-kira jam 8.15, saya selesai memakannya. Tiba-tiba terasa amat mengantuk.

Sebelum jam 9.00, saya terpaksa masuk tidur dengan niat untuk bangun sebelum subuh. Bila saya terjaga, jam sudah pukul 7.14 pagi. Isteri saya fikir, saya sudah bangun subuh dan tidur semula. Dia, lepas bersubuh, terus membuat sarapan untuk anak yang hendak ke kulliah.

Inilah tidur saya paling nyenyak dan tidak sedar walaupun satu minit. Saya rasa macam baru tidur sebentar sahaja. Saya fikir, tidak akan membeli nasi beriani dari peniaga itu lagi. Saya tidaklah menuduh apa-apa, tapi itulah pengalaman saya.

10 comments:

mudz July 22, 2009 at 2:12 PM  

Dr

Elakkan membeli makanan berbungkus ...kenapa .... pendapat karat aku..

1. Makanan apabila tiba dirumah dah tak segar , dah dekat nak expired atau dak dekat nak basi.

2. Bahan pembungkus...daun pisang ok...bawak bekas sendiri ok...kalau guna kertas plastik , polystrene , bukan setakat menjahanam kan alam sekitar dengan diri sendiri pun terancam.

3. Mana yang bagus roti yand cepat berkulat atau roti yang berbulan tidak rosak walau pun terdedah kepada udara terbuka...kenapa tidak rosak kerana pengawet dgunakan...mana sanggup setiap 2-3 hari nak ganti dengan roti segar begitu juga rendang dan apa benda yang berasaskan santan. cepat basi ...kena tambah pengawet...

Dr.

Betulke tambah 2 -3 titik minyak Zaitun dalam rendang @ kari boleh menjadikannya lambat basi...

4. Makan malam sebelum masuk waktu magrib atau 2 jam sebelum tidur.

5. Jangan minum minuman sejuk (ada ais) selepas pekena biriani & rendang...lemak-lemak bila bertemu ais akan jadi pepejal...

Sayangi tubuh anda ...siapa lagi yang anda boleh harapkan.

Unknown July 22, 2009 at 4:13 PM  

Misteri nusantara tu,
satu lagi misteri dalam masakan melayu ialah,kenapa biasanya lepas makan nasik lemak kita rasa mengantuk?

Guru July 22, 2009 at 5:32 PM  

betulla tu...bahan nasi beriani

Dida... July 22, 2009 at 7:41 PM  

Salam Prof..

Saya pun mcm tu.. asal makan nasi briani je mesti mengantuk... dulu dkt ofis.. lepas pekena nasi briani.. mata dah tak boleh nak tahan2 lagi.... terpaksa mengadap komputer dlm keadaan tersengguk2...

Ntah apa bhn yg boleh buat jd mcm tu... mari kita kaji...

NJ July 23, 2009 at 10:53 PM  

salam prof...

nasi beriyani mmg peberet saya... setakat ni saya tak de mslh slps mkn nasi tu.. agaknya makanan tu terlebih bahan perasa ajinomoto kot... hehehe...

Pengasas July 24, 2009 at 1:51 AM  

Salam Mudz,
Terima kasih atas ingatan tersebut.
Pasar malam ke rumah saya hanya 1km sahaja. Nasi masih panas dan belum basi.
Saya setuju dengan anda, yang segar dan buatan sendiri lebih terjamin.

Pengasas July 24, 2009 at 1:53 AM  

Salam Ijoks,
Sejak bersara, saya amat jarang makan nasi lemak. Dietlah konon!

Pengasas July 24, 2009 at 1:54 AM  

Salam KLCitizen,
Saya setuju. Bahan campuran lah punya hal.

Pengasas July 24, 2009 at 1:56 AM  

W'Salam Dida,
Dida lebih arif mengenai masakan. Saya tahu juga masak. Tapi masakan orang lelaki lain.
Bagus juga Dida maklumkan hasil kajian itu nanti.

Pengasas July 24, 2009 at 1:58 AM  

W'Salam KpSpn,
Mungkin betul tu. Perencah punya hal.
Saya dah beli buah pisang masak. Buah epal hijau, direbus dan diminum airnya. Alhamdulillah, dah pulih seperti biasa.

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP