012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Seharian KemasKini Blog KEPEPAM

>> 7.7.09


Antara yang diterima minggu lepas ialah 2 email dari rakan saya blogger Ikut Suka Aku (ISA). Walaupun email beliau pendek tapi sungguh bermakna. Insya Allah, saya akan memanfaatkan saranan beliau secara berganda dan lebih luas lagi.
Maaf, saya tidak menjawab email beliau, tapi saya ucap terima kasih secara terbuka dalam blog ini. Terima Kasih ISA!

Idea beliau menyebabkan saya mengemaskini blog KEPEPAM
(Kelab Peminat Pohon Anggur Malaysia) hari ini. Sepanjang hari bertungkus-lumus saya mengerjakannya. Begitulah nasib saya yang buta teknologi ini.

Sempena dengan posting ini, sesiapa yang ingin menjadi ahli kelab, sila layari KePePAM.
Maaf! Macam berkempen pulak.

9 comments:

ISA July 7, 2009 at 8:30 PM  

Salam Dr.

Segala pujian kepada Allah, saya sekadar berkongsi pendapat, untuk manfaat/pengalaman kepada diri saya sendiri sebagai peminat pohon anggur dan semua ahli KePePam.

Banyak juga ilmu yang Dr. ajarkan selama ini, secara percuma pulak tu... itu yang paling saya hargai. Kalau jadi student Dr. dulu2 (UiTM) dah tentu kena bayar... ha..ha..ha...

Sepatutnya saya yang banyak berterima kasih pada Dr.

Di ulangi, Jutaan Terima kasih Dr. kepada ilmu yang dicurahkan selama ini.

(Nanti kita pi pekena Udang, Sotong dan Ketam bakar di tempat yang saya sebutkan hari tu... SSK sahaja ha..ha..ha... insyallah...)

Unknown July 7, 2009 at 9:20 PM  

Dr boleh lawat blog baru din binjai

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/2009/07/ladang-anggur-dr-abdul-wahab-arbain.html

Idalara July 7, 2009 at 10:07 PM  

salam prof..
anak2 suka anggur tp sy tidak punya ruang untuk bercucuk tanam..memang sy suka bercucuk tanam tapi keadaan tk mengizinkan..terimakasih sudi singgah dan beri komen yg bernas di blog sy yang tk seberapa.

Pengasas July 7, 2009 at 11:08 PM  

W'Salam ISA,
Email tu tak payah jawab. Jawab dengan pelaksanaan lebih baih dari jawab email. Terima kasih kerana idea yang sungguh membina.

Pengasas July 7, 2009 at 11:10 PM  

Salam Zul,
Apa habaq. Lama kita tak konteks. Tentu sentiasa sibuk.
Terima kasih bagi maklumat. Blog dia memang dah ada lama senarai.

Pengasas July 7, 2009 at 11:12 PM  

W'Salam Ida,
Tanam anggur dalam pasu pun boleh. Boleh juga buat hiasan.

Unknown July 8, 2009 at 3:05 PM  

Salam Dr....

Dah lama tak berhubung tapi sentiasa dalam ingatan....

Saya la dok sibuk sikit dok siapkan kolam tanah untuk ternakan puyu

Lepas nih boleh la kalau nak rasa,Organik & Halal...Kolam di Kota Kuala Muda Kedah..

Boleh berhubung dengan cikgu azman mengenai produk...nak kongsi dengan Dr nanti apa yang boleh dibuat puyu nih selain pekasam

Nak buat fillet kecil tak macam talapia...any idea?nanti saya sms dengan Dr.

Di doakan kesejahteraan serta kesihatan yang berkekalan kepada Dr,nanti tanah tepi2 saya tanam anggur plak.yang tuh kena minta Dr pakar dalam bab nih...

Wassalam

Unknown July 8, 2009 at 3:06 PM  

Lupa,bagi sesiapa nak tahu lebih lanjut boleh hubungi di no tel cikgu azman

019-408 5232

Pengasas July 8, 2009 at 8:57 PM  

W'Salam Zul,
Tahniah kerana ada projek sampingan. Hebat sungguh. Usaha sendiri lebih berkat. Maklumlah, berapa banyak tenaga, keringat, masa dan tentunya fulus telah dikorbankan. Allah tak bagi rezeki pada orang yang sentiasa tidur di rumah. Rasulullah pun pernah bertanya: "Apa yang kamu dapat kalau kamu hanya di bawah ketiak ibumu?".

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP