012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Gambar Katak Ada Darjat???

>> 24.7.09

Akhir zaman ini, bukan manusia sahaja yang naik darjat atau popular. Haiwan pun banyak yang begitu. Banyak haiwan yang dikaitkan dengan manusia.

Haiwan yang disebut setiap hari dan di seluruh dunia masa kini ialah babi. Ia didarjatkan kepada manusia, iaitu selsema babi. Selsema babi adalah tambahan kepada darjat lama iaitu gila babi.

Selain itu, katak juga didarjatkan kepada manusia. Ia dikaitkan dengan orang berpangkat dalam bidang politik. Si polan katak atau si katak polan. Semua faham maksudnya, iaitu politik katak. Politik katak adalah tambahan kepada darjat lama iaitu mati katak.

Di bawah ialah katak yang ada darjat. Berdarjat, kerana ia bijak. Ia bijak kerana berkepala dua.

12 comments:

Kakcik Seroja July 24, 2009 at 9:53 AM  

Salam Dr.
ish ish ish... tu katak betul ke katak plastik??? :)

zai July 24, 2009 at 12:14 PM  

Salam Prof,
Ini adalah antara kebesaran Allah yang nyata kepada kita utk memikirkan betapa Allah sangat berkuasa utk menjadikan sesuatu dengan kehendakNYA..

Unknown July 24, 2009 at 1:58 PM  

salam Dr.

Sudah tentu lebih bijak dari katak Perak dan Kelantan sebab katak ini mempunyai 2 otak! Tentu susah nak kena tipu macam katak Perak.

mudz July 24, 2009 at 8:46 PM  

Salam Dr

Mungkin kesan pencemaran alam sekitar atau global warming ...peringatan untuk manusia supaya cintai alam sekitar.

Siapa lagi nak cintai bumi..

A Mum Of Three Mohd July 25, 2009 at 5:45 PM  

Salam Dr Wahab

Saya ambil gambar katak di atas untuk posting di blog saya. Harap Dr halalkan. Thank you very much.

سيف النظام بن حاج عثمان July 26, 2009 at 12:07 PM  

Assalamualaikum Dr. Hebatnya ciptaan Allah ni.... nampak begitu sempurna... tak perlu berpusing kebelakang sebab dah ada reverse sensor :)

Pengasas July 26, 2009 at 1:28 PM  

W'Salam KakCikSeroja,
Saya fikir katak betul. Bukan katak plastik.

Pengasas July 26, 2009 at 1:29 PM  

W'Salam Zai,
Memang benar lagi tepat. Walaupun ada dua kepala, tapi ia boleh hidup.

Pengasas July 26, 2009 at 1:31 PM  

W'Salam MountDweller,
Benar tu. Depan-belakang dan kiri-kanan ada mata. Susah nak kena pukul curi.

Pengasas July 26, 2009 at 1:33 PM  

W'Salam Mudz,
Benar. Semua mesti ditadbir secara yang betul.

Pengasas July 26, 2009 at 1:36 PM  

W'Salam M3M,
Pertama sekali, maaf saya terlewat ucap takziah pada puan. Semoga Allah cucuri rahmatNYA.
Ambillah. Idea tu nanti dapat dimanfaatkan oleh semua.
Saya pun ambil orang punya. Tapi tahu tuannya.

Pengasas July 26, 2009 at 1:37 PM  

W'Salam Saifun,
Memang besar pengajaran dari Allah.
Kita fikir-fikirlah sendiri.

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP