Basuh Ketiak Baju
>> 3.5.10
Ketika itu, orang kampung mandi tidak bersabun. Badan hanya digosok dengan limau nipis. Semua daki pada badan hilang ghaib. Kuku kaki dan tangan bersih dan putih melepak. Gosok gigi dengan sabut kelapa atau jari telunjuk sahaja. Guna arang kayu atau abu kayu dapur.
Ketika itu juga, basuh pakaian tanpa sabun. Hanya gosok-gosok atau ramas-ramas sahaja. Kadang-kadang, kalau baju tu kelihatan masih ok maka yang dibasuh hanya pada bahagian ketiak sahaja. Sebab di situ ada bau tak syok.
Demikianlah adanya.
2 comments:
Semasa kecil saya dibesarkan dikampong, keperluan harian air telaga payau. Musim hujan baru mendapat air bersih untuk minum air paip hanya impian.
Salam Asuhan,
Ayah dan ibu saya adalah peneroka hutan dalam akhir tahun 1940han. Jadi, saya sempat hidup dalam hutan dan juga belukar.
Mandi air telaga. Minum air tadahan hujan. Makanan adalah hasil tanaman sendiri selain peliharaan ayam dan itik. Ikan berlambak dalam tempat yang berair. Begitu juga burung wak-wak, ayam-ayam dll. Gula dibuat dari air tebu yang dimasak.
Post a Comment