Enggan terus berzina
>> 19.5.10
SAYA pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berusia 22 tahun dan mempunyai masalah yang sudah setahun menghantui hidup saya.
Saya mempunyai kekasih dan dia tidak mempunyai pekerjaan tetap. Bagaimanapun, dia mempunyai pendapatan lumayan hasil daripada kerjanya sebagai pemandu pelancong dan pemandu kenderaan apabila ada orang ingin melancong ke negara jiran.
Buat pengetahuan Dr, kami sudah berulang kali terlanjur. Saya ada menyatakan hasrat untuk berkahwin bagi mengelakkan kami terus dibelenggu dosa dan dia bersetuju.
Namun, apabila saya menyuarakan hasrat untuk berkahwin, keluarga menentang dengan alasan saya masih belajar dan kekasih tidak mempunyai pekerjaan tetap.
Disebabkan tentangan keluarga itu, saya pernah terfikir untuk bernikah di Siam. Namun, apabila memikirkan keluarga, saya membatalkan hasrat itu.
Saya berulang kali memujuk keluarga tetapi tidak berhasil. Saya dan kekasih cuma inginkan hubungan yang halal bagi kami dan ingin mengakhiri episod dosa yang kami lakukan.
Dr, apa yang harus saya lakukan? Adakah saya patut bernikah saja di Siam tanpa pengetahuan keluarga atau kami terus dengan hidup yang penuh dosa jika saya perlu menunggu pihak keluarga memberikan restu kepada hubungan kami."
Seterusnya di sini.
11 comments:
Salah satu daripada berpuluh-puluh ribu contoh mengenai orang yang mengaku menganuti agama yang terbaik tapi memalitkan sendiri tahi kepada agamanya sendiri.
salam dr.
kadang2 inilah dilema anak muda kita. Dah sampai seru untuk bernikah tapi mak ayah menghalang. Ada baiknya diambil iktibar dari hadis nabi.."keberkatan wanita itu ialah yang cepat jodohnya.."
Kalau alasan pekerjaan..barangkali lupa agaknya janji Allah.. melalui perkahwinan itu akan dibukakan pintu rezeki. Daripada terus diselubungi dosa, bukankah berkahwin itu terlebih baik.
Salam,
Naik ngeri dan loya bila setiap hari berita dan soaljawab di akhbar serta majalah memaparkan persoalan yg serupa.
Betul-betul memperlihatkan kedangkalan dan kebodohan si penanya dan si pembuat yg beragama Islam dan berbangsa melayu. Masalahnya ramai yg berpendidikan tinggi tapi otak dan iman dicampakkan ke longkang.
Bila dah terlanjur berkali-kali pandai pulak buat soalan bodoh lagi menyakitkan hati. Pagi pagi mkn pengat..sendirilah mau ingat!
Bila agama dipinggirkan, maka tunggulah azab Allah yang MAHA pedih.
Nauzubillah.
mulut bila pun kata nak bertaubat, bila kena cium atas sampai bawah,lupa semua...ayaq geli keluaq, menyesal sekejab ... sekejab saja,lepas tu kena cium lagi atas bawah, buat lagi..maam tu lahh ...
dalam hal ini ibubapa harus memberi perhatian yang serius atas permintaan anak gadisnya....kahwinkan sahaja agar tidak lagi terjebak dengan perbuatan yang tidak elok...
Salam Reformis Jalanan,
Sebenarnya peristiwa begini selalu kita dengar. Cuma tidak disiar dalam akhbar.
W'salam Nik Fauziah,
Sabda Rasulullah bermaksud "Permudahkanlah urusan perkahwinan" itu amat luas skopnya.
W'salam Damai Impian,
Masyarakat sekitar mana-mana IPT memang muak dengan kesah begini.
Salam Zool,
Syukur juga masih ada yang insaf.
Alhamdulillah dia org dah sedar, mudah2an terbukak hati mak bapak dia..
Post a Comment