Fawzan menggelabah lagi
>> 22.5.10
Lepas Jumaat, borak dengan kawan blogger. Petang sampai awal malam ke Pucong kerana urusan keluarga.
Malam, Fawzan dapat keputusan berjaya dapat biasiswa JPA untuk kursus perubatan IMU Twinning. Dia menggelabah lagi. Ye lah, lagi kejayaan untuk biasiswa belajar di luar negara.
Huh, sebelum ini menggelabah antara UiTM vs biasiswa Petronas ke Tokyo. Malam ni menggelabah antara UiTM vs biasiswa JPA ke negara barat pula.
Ahad ni, kena daftar masuk UiTM. Duit pun dah bayar. Huh ...!!! Insya Allah kekal dengan pilihan yang lepas iaitu terima UiTM.
5 comments:
Salam
Tahniah dan syukur Dr. Semoga berjaya dunia dan akhirat.
W'salam MountDweller,
Terima kasih kerana tahniah.
Ujian dari Allah memang besar.
Mudah2an pilihan yg tepat..insyaAllah semuga berjaya Fawzan
Salam P3Chandan,
Terima kasih kerana doa.
Saya selalu ingatkan Fawzan supaya bersyukur sentiasa.
Salam Haji...
Bila banyak pilihan...memang sukar rupanya nak buat pilihan..
Syukur juga anak saya tak berjaya dapat Biasiswa JPA..sebab dia dah dapat tempat yang baik di UIAM...
kalau dapat tentu dia pilih nak ke Jepun...
Post a Comment