012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Kepala jadi ringan, perasaan pun mulai lega .....

>> 24.5.10

Sejak Fawzan habis menjalani peperiksaan SPM kepala kami jadi berat. Berat kerana menunggu keputusan, berat kerana usaha mendapatkan peluang sambung belajar dan berat untuk membuat keputusan yang tarbaik.

Kami, ibu-bapa, bukan sahaja mahukan anak kami BERJAYA, tetapi mahukan ia INSAN yang BERJAYA. Insan yang berjaya dalam maksud tidak renggang dari Islam dan ajarannya. Insan yang berjaya dalam ertikata INTIM dengan ALLAH dan sentiasa TUNDUK kepadaNYA. Itulah cita-cita dan kewajipan kami sebagai ibu dan bapa.

Apabila keputusan SPM diketahui, tiada apa yang kami lakukan kecuali syukur yang tidak putus-putus. Justeru, kami berusaha keras untuk mendapat peluang sambung belajar. Apabila peluang tiba mencurah-curah, tiada apa yang kami lakukan kecuali bertenang, bersyukur dan beristikharah.

Menurut akal dan fikiran sepintas lalu kami, tiga peluang yang sungguh menarik. Peluang-peluang itu ialah: Asasi Sains UiTM, Petronas ke Jepun dan JPA untuk IMU Twinning (ke UK atau Australia).

Antara tiga peluang tersebut, Asasi Sains UiTM vs Petronas ke Jepun lah yang amat sengit. Apa tidaknya, menurut persepsi ramai bahawa UiTM adalah universiti kelas 2, kalaupun bukan kelas corot.

Sedangkan Petronas terkenal dengan kaya raya. Menurut surat tawaran, wang saku sahaja sebanyak 138,000.00 yen sebulan untuk sepanjang pangajian. Tokyo pula pernah dilawati oleh Fawzan. Dia boleh membaca, menulis dan bertutur dalam bahasa Jepun.

Manakala IMU Twinning menawarkan ke dunia barat. Abang sulung Fawzan adalah pemegang biasiswa JPA ke UK untuk A Level dan ijazah suatu ketika dulu. Persepsi tempatan kita bahawa UK adalah jenama yang baik.

Setelah kami bersyukur dan beristikharah, Allah melorongkan fikiran dan hati kami ke UiTM. Maka kami bersyukur lagi. Kami patuh kepada dorongan istikharah.

Kemudian tiba pula peluang JPA untuk IMU Twinning. Namun, kemunculan peluang terbaru ini tidaklah terlalu kuat berbanding Petronas ke Jepun. Dorongan istikharah yang terdahulu tetap kami syukuri.

Semalam, Ahad 23 Mei 2010, kami ke UiTM Puncak Alam mendaftar Fawzan untuk kursus Asasi Sains di situ. Fawzan dapat sebilik dengan sepupunya Faiz. Kampus Puncak Alam tidak jauh dari kediaman kami. Jarak perhubungan berkereta kira-kira 15 minit sahaja.

Semoga Allah restui dan hidayahkan kami sepanjang masa!!!!!

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP