Projek Pohon Anggur Berjadual
>> 3.5.10
Jika semaian hidup sebanyak 80% maka 36 pohon untuk dibesarkan di halaman rumah. Jadual berikut adalah sebagai perancangan sahaja:
3 Jul. 2010: Mengubah semaian 36 pohon anggur ke dalam pasu.
Lokasi: Halaman rumah.
3 Mei 2011: Membuat pembuahan 3 pohon anggur kumpulan 1.
3 Jun 2011: Membuat pembuahan 3 pohon anggur kumpulan 2.
3 Jul. 2011: Membuat pembuahan 3 pohon anggur kumpulan 3.
3 Ogos 2011: Membuat pembuahan 3 pohon anggur kumpulan 4.
Dan begitulah seterusnya setiap bulan, hingga semua 36 pohon anggur akan berbuah mengikut giliran. Maksudnya, di halaman rumah sentiasa ada buah anggur dari peringkat putik hingga peringkat cukup masak.
Selain dari pembuahan, dapatlah saya membuat kira-kira 100 semaian dan memasarkannya pada setiap bulan.
Ini adalah projek kecil-kecilan untuk seorang pesara. Sayang juga rasanya penyelidikan bertahun-tahun dengan belanja yang banyak tidak diamalkan secara berterusan.
2 comments:
Salam Prof..nak kena jenguk ke rumah Prof ni nak beli 3,4 pokok tuk sedara dan kawan2 yg dah lama pesan..tp buat mase ni terlalu sebok mungkin lepas kendri anak kot..
Salam ziarah tuan...
Alhamdulillah keratan anggur yg tuan bagi tempoh hari dah bercambah sihat sejahtera, mungkin awal julai akan mula memangkas, senyum panjang tengok plan tuan sepanjang tahun... semoga berjaya
Post a Comment