012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Menggelabah Bila DiTawar Rezeki

>> 6.5.10

وإن تعدوا نعمة الله لا تحصوها إن الإنسان لظلوم كفّار

Terjemahan: "Dan jika semua kamu menghitung ni'mat Allah maka semua kamu tidak larat menghitungnya. Sesungguhnya manusia masih ada yang terlalu zalim lagi amat kufur." Ayat 34, surah Ibrahim.

Rezeki Allah yang diberi kepada kita amat banyak. Tidak mampu untuk kita menghitungnya. Malah, rezeki yang sedikit pun tidak mampu kita menerima semua. Inilah yang terjadi kepada Fawzan.

Sejak keputusan SPM keluar dia dapat panggilan beberapa temuduga melanjutkan pelajaran dalam dan luar negara. Temuduga yang telah dihadirinya juga sudah berhasil. Ada beberapa tawaran belajar dalam dan luar negara.

Setakat ini, saya nasihatkan supaya dia terima tawaran UiTM untuk kursus Asasi Sains. Kerana, dia bercita-cita untuk belajar dalam bidang perubatan. Namun, hari ini dia kelihatan menggelabah. Rupa-rupanya dia juga mendapat tawaran dari Petronas ke luar negara. Dia juga bercita-cita belajar di luar negara.

Jadi, jalan penyelesaiannya ialah mesti berunding dengan Allah. Solat Istikharah. Kerana Allah sahajalah yang Maha Mengetahui segalanya.

2 comments:

Rush IswaraKu May 6, 2010 at 7:46 PM  

Assalamualaikum Prof.

Pertamanya nak ucapkan Tahniah untuk Prof dan anakanda Fawwaz kerana dikurniakan Allah rezki untuk menuntut ilmu.
keduanya rasanya kalau ada masa mungkin nak ziarah Prof lah..nak tengok pokok2 anggur yg di semai,minat pula rasanya tengok cerita Prof tu..dah janji dengan kenalan Prof.. Ustaz Ismail Ibrahim(Tebuk Pulai) nak ziarah mungkin dalam sebulan dua ini..rasanya boleh kan...?

Pengasas May 6, 2010 at 9:44 PM  

W'salam RushIswaraKu,
Terima kasih atas tahniah.
Nak ziarah saya? Tiada sebarang halangan, malah amat-amat dialu-alukan. Gate rumah saya tidak pernah dikunci.
Cuma, sebelum datang call dulu. Mana tahu saya sedang ziarah cucu atau ziarah ayah di kampung.
0123635658.
Ahlan wa sahlan wa marhaban.

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP