Hasil Solat Istikharah
>> 9.5.10
1. Tawaran ke Asasi Sains, UiTM Puncak Alam; dan
2. Tawaran ke Jepun, tajaan Petronas.
Oleh kerana kedua-dua tawaran tersebut dianggap mempunyai keistimewaan tersendiri dan kedua-dua bidang adalah fardhu kifayah maka solat istikharah dan solat hajat dilakukan selama 3 malam
berturut-turut.
Selain itu, pandangan abang-abangnya Dr. Muhammed Anis dan
Ir. Faridul Farhan juga diambil kira. Kerana mereka adalah dalam
bidang-bidang yang diistikharahkan.
Setakat malam ini, Ahad malam Isnin, keputusannya adalah
sebagai berikut:
1. Tawaran ke Asasi Sains dianggarkan 60% markah; dan
2. Tawaran ke Jepun dianggarkan 40% markah.
Justeru, besok akan ke pusat kesihatan untuk pemeriksaan
kesihatan bagi tujuan pendaftaran masuk belajar di UiTM.
Semoga mendapat petunjuk serta pimpinan penuh
dari Allah s.w.t.
6 comments:
Insyaallah yang baik itu dari Allah swt jua...
Tahniah...InsyaAllah Allah mudahkan jalan dalam menuntut ilmu...
bagaimana petunjuk diberi? dan mcamana letak markah 60/40 tu?
Salam Roslaini,
Benar. Hanya Allah. Tiada yang lain dariNya. Justeru, kita mesti dapatkan petunjuk dariNya.
Salam Fzi,
Benar. Hanya kepada Allah kita memohon segalanya.
Salam Ijad,
Petunjuk dari Allah berbagai cara. Markah tu hanya catatan kita sahaja. Bukanlah tepat. Kita anggar-anggar sahaja. Kerana kita manusia yang maha lemah di hadapanNya.
Post a Comment