Gambar Kenangan Di Liverpool
>> 27.7.08
AlbumKeluarga Read more...
PTL itu Pertanian Tanpa Ladang Di Halaman Rumah.
universiti.maya@yahoo.com Fb: Abdul Wahab Arbain
Selasa petang, lepas beli buah durian, teringat ayah di kampung dan terus talipon. Dia kata tak selera makan. "Buah-buahan, ayah tak selera jugak ke?". "Buah anggur dan epal ada. Tapi tak selera sikit pun, " jawab ayah. "Kalau buah durian, agak-agak ada selera ke,". "Ayah tak sempat beli buah durian. Kamu balik kampung ke?", tanya ayah. Hmmm, kena fahamlah tu. Suruh beli dan suruh hantar ke kampung.
"Insya ALLAH malam ni balik kampung," jawabku. Jadi, malam tadi balik kampung hantar buah durian pada ayah. Pada hal, di kampung lebih banyak buah durian dan lebih murah. Maksud sebenar bukanlah buah durian, tetapi "balik kampung". Rindu ayah pada anaknya. Ayah yang aku kasihi hanya seorang. Walau taufan atau halilintar membelah bumi sekalipun, bila ayah suruh aku mesti taat serta patuh (selagi tidak menyuruh durhaka atau syirik kepada ALLAH).
Pernah suatu masa, emak bagi tau (melalui talipon) yang ayah ada sesuatu yang tak puas hati terhadap aku. Masa tu dah pukul 11.45 malam. Serta-merta aku balik kampung menyerah diri pada ayah. Sampai kampung kira-kira pukul 1.30 pagi. Ayah dah tidur. Bila dia bangun, "Kenapa balik kampung malam-malam buta ni. Ada hal mustahak ke?" tanya ayah. "Ada hal sikit. Kata ayah nak marah saya," jawab ku. "Aku marah kamu balik tengah malam buta ni. Kalau berlaku apa-apa di perjalanan, kan susah?". "Itu saja ke yang ayah nak marah?" tanyaku. Dia masuk bilik sambung tidur.
Tengah malam tadi, aku balik rumah. Bila bangun subuh, aku rasa tak sedap badan. Mungkin makan banyak meraikan ayah makan durian malam tadi. Tak apalah kalau demam pun. Aku hanya mempunyai seorang ayah di dunia ini, sedangkan ibu sudah meninggalkan kami buat selama-lamanya. Pukul 10.30 pagi, aku talipon ayah. Dia kata "Ayah dah ada selera makan," AlhamdulilLAH!!! Mudah benar mengubat ayah tak selera makan.
Jadual Awal Bulan Hijrah ( Dalam Tahun 2008)
Bulan Hijrah | 2008 | Waktu | Usia Bulan |
Muharram | 8 Januari | 7:37 pt. | 29h 16j 7m |
Safar | 7 Februari | 11:44 pg. | 29h 13j 30m |
R. Awwal | 8 Mac | 1:14 pg. | 29h 10j 41m |
R. Akhir | 6 April | 11:55 pg. | 29h 8j 23m |
J. Awwal | 5 Mei | 8:18 pt. | 29h 7j 4m |
J. Akhir | 4 Jun | 3:23 pg. | 29h 6j 56m |
Rajab | 3 Julai | 10:19 pg. | 29h 7j 54m |
Sha’ban | 1 Ogos | 6:12 pt. | 29h 9j 45m |
Ramadhan | 31 Ogos | 3:58 pg. | 29h 12j 14m |
Shawwal | 29 September | 4:12 pt. | 29h 15j 2m |
Z. Qa’idah | 29 Oktober | 7:14 pg. | 29h 17j 41m |
Z. Hijjah | 28 November | 12:55 pg. | 29h 19j 28m |
Muharram | 27 Disember | 8:23 pt. | 29h 19j 33m |
Disusun oleh Dr. Abdul Wahab Arbain, 20 Julai 2008.
Read more...Jam 7.31 pagi terima panggilan Fawzan dari Tokyo. Katanya dia peserta kedua dulu sampai. Yang pertama peserta dari negara Kemboja. Insya ALLAH, pertandingan syarahan bahasa Jepun akan diadakan pada hari Ahad. Lepas tu program melawat sambil belajar.
Selepas berjumaat di masjid Jeram, terus ke KPT. Tak buat kerja selain kemaskini semaian pokok pear.
Shidah petik labu 3 biji. Dia ambik hanya sebiji. AlhamdulilLAH, berkat berusaha. Insya ALLAH, hari Ahad nanti jamu anak-anak dan menantu dengan labu.
Minggu depan petik labu lagi. Boleh buat pengat dan kuih-kuih lain. Yang ini, buat sayur.
Biji-bijinya dijadikan benih dan bahan kudapan. Seluruh dunia tahu khasiat buah dan biji labu manis ini.
Labu yang ini hidup dalam semak. Tentulah kualitinya lebih baik dari labu yang hidup di tempat lapang.
Saudara yeopman67@yahoo.com telah menulis dalam ruangan ulasan tajuk Tanam Semula Pokok Timun:
"assalamualaikum...
saya berminat sangat nak tanam timun kat dalam beg plastik macam dalam gambar tu tapi saya tak tahu macam mana. boleh tolong ajarkan tak dari mula nak prepare beg plstik tu sampailah buah tu boleh dipetik. kalau boleh sama macam En. Wahab buat tu. saya memang tak tahu bercucuk tanam."
Jawapan saya:
Wa'alaikumus-salam!
Cara saya (mungkin tak serupa dengan cara orang lain) adalah sebagai berikut:
1. Sediakan beg plastik atau apa-apa bekas yang berukuran kira-kira 7" lebar dan 10" tinggi (dalam). Yang lebih besar, lebih baik. (A)
2. Sediakan tanah biasa 40%, sabut hancur 30% dan pasir 30%. Campur atau gaulkan hingga jadi tanah gembur. (B)
3. Sediakan baja tahi ayam 8:8:8:+ (boleh dibeli dari kedai). (C)
4. Masukkan tanah gembur (B) ke dalam beg plastik (A) dan baja (C) kira-kira 50gr.
5. Siram (walaupun belum ada benih).
6. Sediakan benih (biji) timun dan rendam dalam air bersih selama antara 12 - 48 jam (dalam bekas kecil).
7. Semai benih dalam beg plastik (kira-kira 0.5" dalam).
8. Siram secara berhati-hati.
9. Bila benih tumbuh kira-kira 5", letakkan baja (C) kira-kira 50gr.
10. Siram setiap hari.
11. Tak lama kemudian, hhmmmm berbunga dan berbuah.
Selamat mencuba!!!
Sambungan: Jadual Pertanian (Siri 1)
© Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009
Back to TOP