012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Badan Hitam Berdada Putih

>> 28.2.09


Pada awal tahun 1950an, kampung saya mulai naik taraf dari hutan kepada separuh belukar. Ketika itu, ayah memilikki seekor denak burung wak-wak. Amat jinak. Bila dilepaskan, dia tak pergi jauh. Apabila dipanggil dia datang.

Boleh dikatakan setiap hari, semasa emak masak tengahari ayah akan bawa denak ke dalam semak sekitar rumah. Beberapa minit kemudian ayah dah dapat dua-tiga ekor wak-wak untuk dijadikan lauk. Bila kampung dah jadi belukar, denak itu terbang jauh dan tidak pulang. Kami sekeluarga sedih, tapi redha.

Dalam tahun 1954 - 1958, kampung dah mulai jadi sawah. Saya selalu memasang jerat dan jebak wak-wak. Tiap-tiap hari dapat dua-tiga ekor. Begitu mewah dengan wak-wak ketika itu. Sekarang, hanya kenangan.



Sumber gambar:

1. http://ms.wikipedia.org/
2. http://www.flickr.com/photos/diyanakamaruzaman/2727029171/
3. http://ceritamerapikaku.blogspot.com/2008/12/wak-wak-bukan-wak-jiji.html

Read more...

Pokok Kepala Manusia

>> 27.2.09


Pada 09.09.08 saya dah siarkan gambar ini. Tapi saya sendiri kurang ambil perhatian.

Malam tadi, dua-tiga jam saya perhatikan gambar ini mencari maklumat yang tersirat. Ada beberapa idea yang boleh digunakan dalam usaha saya mengurus pokok epal dan pear, serta pokok-pokok lain.

Read more...

Gambar Manusia Separuh Babi-Anjing

>> 24.2.09


Percayakah anda bahawa Allah berkuasa menukarkan manusia menjadi beruk, babi dan sebagainya? Kini banyak babi separuh monyet, babi separuh anjing dan babi separuh manusia. Gambar-gambar berikut membawa maksud tertentu.

Read more...

Cadang Nak Bela Dulu


Dua-tiga hari ni asyik fikir mengenai ikan darat saja. Dapatnya belum. Bila dah dua-tiga kali fikir, keputusan pun dibuat. Besok nak cari anak ikan puyu dan bela dalam bekas 2kaki x 4kaki luas dan 1.5kaki dalam. Sambil tu kaji cara menguruskannya. Sedikit modification dah ada dalam kepala.

Read more...

Yang Semalam Cantik, Yang Ini ...?

>> 23.2.09


Tengahari tadi makan nasi dengan kangkung tumis, ikan kembung bakar berbalut daun sutera dan air asam jawa belacan. Berselera dan puas hati. Jarang makan banyak begini.

Petang besok ada pasar di kampung ini. Insya Allah, akan ke sana nak cari ikan haruan, yang basah dan yang kering. Mudah-mudahan dapat rezeki. Kalau dapat, hhmmmm, sedapnya. Tak kan keluarga KakYong saja yang dapat ikan ni.


Read more...

Amboiii, Cantik Nyerrrrrrrrrrrrr!!!

>> 22.2.09


Petang tadi, setelah para tetamu pergi, hujan pun turun. Lebat dan lama juga. Suasana hujan dicampur dengan keadaan yang sunyi, perut pun rasa lapar. Fikir punya fikir nak makan apa malam ni, teringat ikan sepat sebagai lauk kegemaran.

Google punya google dapatlah gambar-gambar ikan sepat seperti berikut:

Read more...

Cerita Ikan Haruan Dan Ikan Sepat


Gambar ini disalin dari blog KakYong, tanpa terlebih dahulu mohon kebenaran:
http://kakyong72.blogspot.com/2009/02/proses-ikan-haruan.html


Saya lebih suka makan ikan darat dari ikan sungai atau ikan laut. Antara yang lebih diminati ialah ikan haruan dan ikan sepat.

Semasa kecil, tahun 1954 - 1958, selepas balik sekolah saya memancing ikan haruan di sawah. Biasanya dapatlah lima-enam kati sepetang. Sebelum maghrib, almarhumah ibu proseskan untuk dijadikan ikan kering dan sedikit ikan wadi (pekasam). Bayangkanlah kalau seminggu berapa banyak saya dapat. Sesekali pasang taut sampai dua puluh bilah.

Masa tu, saya hanya bersekolah Melayu sebelah pagi. Bawa bekal nasi dalam daun pisang. Tak pernah bawa duit. Kalau nak juga bawa duit, kena jual ikan haruan kering. Harganya ialah antara 20 - 40 sen sekati.

Masa cuti sekolah, saya menjala ikan. Dari pagi hingga petang. Kadang-kadang dapat sampai sepikul (100 kati) sehari. Kebanyakannya ialah ikan sepat. Sambil menjala, peraih berbasikal datang beli dengan harga 10 sen sekati. Kalau 100 kati x 10 = ?. Boleh kira mewahlah zaman tu.

Bila saya merantau menuntut ilmu, dah tak jumpa ikan haruan dan tak jumpa ikan sepat. Di Mesir, memang tak jumpa haruan atau sepat. Dah jenuh cari. Semasa di England, pernah beli seekor ikan haruan beku, khabarnya dari Thailand. Tapi rasanya pun dah beku.

Read more...

Cara Menyemai Epal

>> 21.2.09


Sebentar tadi saya menyemai enam batang keratan epal Red Delicious (buah merah yang hebat tu). Insya Allah, apabila hidup nanti bertambahlah jumlah pokok epal katik saya.

Direndam pada 14.02.09 dan disemai pada 21.02.09

Cara menyemai:

1. Keratan cabang pokok epal disteril;
2. Rendam dalam air bersih tanpa hormon;
3. Tukar air rendaman setiap 1 atau 2 hari;
4. Setelah bertunas biarkan 3 atau 4 hari;
5. Semai dalam tanah bercampur pasir; dan
6. Letak pada naungan dan siram 1 kali sehari.

Benih epal, biasanya, mulai bertunas setelah 3 hari direndam. Jika lambat bertunas bererti benih itu kurang baik.

Read more...

Sapa Nak Kenal Ni?

>> 20.2.09


Sapa boleh kenal mereka ni? Oohhh, mungkin juru gambar dan antara mereka sahaja. Sungguh bermakna!!!

Read more...

Bersuami Dua Atau Berkongsi Isteri

>> 19.2.09

Hari ini, dalam kepanasan suasana politik dan kecelaruan pentadbiran negara, saya menelaah beberapa tajuk mengenai sociology, economy, anthropology dan beberapa -gy atau -y yang lain.

Saya menelaah kali ini bukan di perpustakaan, tapi di pasar-maya. Macam-macam yang saya temui, secara sengaja dan tidak sengaja. Secara langsung berkaitan dan tidak secara langsung berkenaan.

Antara penemuan saya itu ialah berbagai sindiran dan sinisan. Itu pada pemahaman dan pengaitan saya. Aahhhhh, itu cara lama saya sebagai ahli akademik. Sekarang saya dah jadi peminat tumbuhan, real pokok dan tanaman.

Berikut ada dua kumpulan gambar yang saya maksudkan sindiran dan sinisan. Kumupan A: Berkongsi Isteri? Dan Kumpulan B: Bersuami Dua?

Kumpulan A:

Mengahwini dua lelaki adik-beradik

Dua bersaudara berkongsi isteri

Kemudian, adik bungsu pun joinin!

Kumpulan B:


Read more...

Gambar Ini Bahaya Dan Menyesatkan

>> 18.2.09


Berikut ialah gambar yang saya ambil dari blog:
http://keadilangerik.blogspot.com/2009/02/penting-tolong-sebarkan-moga-allah-yang.html

Ia mengandungi tulisan dan bahasa Arab yang saya terjemahkan seperti di bawahnya.

Terjemahan:
"Sayangilah musuh kamu, berkatilah yang melaknati kamu, berbuat baiklah kepada yang membenci kamu, ucapkan selawat bagi mereka yang menyakiti dan mengusir kamu, supaya kamu menjadi anak-anak bapa kamu yang berada di langit."

Read more...

Pohon Anggur Katik Dah Bertunas


Pohon Anggur yang dikatikkan, ala bonzai, pada 13.02.09 telah bertunas dan hidup stabil. Insya Allah, minggu depan akan buat beberapa pohon lagi.

Read more...

BandarMaya Sama Seperti Di Bumi


Internet ialah mengenai alam maya tanpa sempadan. Begitulah orang kata. Betul atau tidak ungkapan begitu saya tak pasti. Kerana saya bukan orang IT atau ICT. Saya orang sukakan pokok.

Di alam maya, walau tanpa sempadan, saya kira boleh diumpamakan seperti di bumi juga. Ada kampung, ada pekan, ada bandar dan ada bandaraya. Semasa melayari internet dan singgah ke beberapa blog saya temui keadaan begitu. Ada blog kampung dan ada blog pekan.

Blog kampung memang simple. Ada yang hanya "View my complete profile" sahaja. Lain-lain tak ada. Mungkin peneroka kampung ni tak sabar, dia cabut lari. Blog pekan pula, kira ok laa. Dari aspek perniagaan, umpamanya, adalah yang dipasarkan. Adalah yang disajikan.

Selain itu banyak juga blog bertaraf bandar. Apa sahaja yang kita kehendakki ada di situ. "Macam-macam Adaa". Waktu akhir-akhir ini, muncul pula blog-blog kategori bandaraya. Lebih tepat, bandarmaya. Blog bandarmaya ini bukan sahaja semua ada, malah, semua serba kompleks. Dalam bandarmaya ini sesak dengan pelbagai. Kiri-kanan, atas-bawah, ada macam-macam. Ada ruang yang orang ramai tak boleh masuk. "Members Only". Malah, ada juga tempat orang ramai tak boleh cakap sembarangan. Cakap mesti ditapis dulu. Hhmmmm, bandarmaya pun macam di bumi juga.

Read more...

Ciluk Gambar Dari BLOW-ZiZi


Bersama ZiZi di ruang tamu.

Sumber gambar: http://satublogtotal.blogspot.com/

Read more...

Gambar Raja Segala Berries

>> 17.2.09


Kata kebanyakan orang, Blackberry ialah Raja Segala Berries. Buahnya mengandungi khasiat yang sungguh bermanfaat bagi tubuh manusia. Di beberapa super-market, harganya hingga RM160.00 sekilogram. Tapi, apabila dijadikan jem harganya tak semahal buah segar.

Daunnya elok dijadikan teh kesihatan selain campuran ke dalam herba-herba lain. Jika ditambah madu lebah dan sedikit cengkih ke dalam air teh blackberry, hmmm, sungguh menyegarkan badan. Akarnya boleh dijadikan ubat ceret-beret selain beberapa masalah kesihatan yang akut.

Pokok blackberry yang ditanam dari anaknya akan berbuah ketika berumur 2 tahun atau lebih. Sesetengah jenama blackberry mengandungi duri pada batangnya yang menjalar. Justeru ia dikategorikan sebagai keluarga pokok Rose.

Saya telah berjaya menghasilkan blackberry Baka Bukit Kapar dalam tahun 2007. Kini sedang dibiakkan untuk pasaran dalam tahun 2010.

Read more...

Center for Economic Research and Innovative in Agriculture

>> 16.2.09


Sebentar tadi sempat bercakap dengan Mamamat mengenai CERIA (Center for Economic Reseach and Innovative in Agriculture) yang dirancangkan. Namun, beliau agak sebok kerana out-station.

Dengan MatSamanKati memang selalu berhubung. Tapi tak dapat bercakap mengenai CERIA. Tambahan pula sejak krisis politik di Perak beliau terlalu sebok dan letih bersama dengan teamnya. Bertambah rumit lagi apabila 2 bloggers ditahan oleh polis baru-baru ini. Bawah ialah gambar Mamamat dan MSK.


Read more...

Cara Merokok Yang Islamik?

>> 15.2.09


Bila melayari beberapa blog yang menyiarkan berita TGNA mengajak orang ramai, khususnya rakyat Kelantan, supaya berhenti merokok maka teringat saya akan suatu perbualan antara saya dengan seorang sahabat bernama al-marhum ustaz Hussin Unang. Ketika itu kami sedang makan malam di Malaysian Hall, Birmingham, England.

UHU: Wahab! Enta tahu tak cara merokok secara Islam. Orang sekarang kata Islamik.

Saya: Tak tahu. Mungkin merokok di masjid atau ketika pakai kopiah!?

UHU: Ana tengok orang sekarang ni merokok tak Islamik! Tak ikut cara Islam!

Saya: Buktinya?

UHU: Ada dua perkara yang tidak dilakukan oleh penghisap rokok!

Saya: Maksud enta?

UHU: Pertama: Mereka mulakan hisap rokok tanpa membaca "bismillah". Itu tak Islamik.

Saya: (Mengangguk, mengiyakan). Kedua?

UHU: Kedua: Mereka mengakhiri hisap rokok tanpa membaca "alhamdulillah". Itu pun tak Islamik.

Saya: (Mengangguk, mengiyakan). Jadi?

UHU: Jadi, tak Islamiklah. Itu sebab ana berhenti merokok.

Saya: (Mengangguk, mengiyakan. Dalam hati bertanya: Bila pulak dia ni merokok? Setahu saya dia tak pernah merokok)

Read more...

Bloggers Terkenal Datang Ziarah

>> 14.2.09


Petang tadi, tiga bloggers terkenal datang ziarah. Mereka ialah notoumno, ISA dan ZiZi. Banyak perkara yang dibincangkan. Saya sebagai pendatang baru ke alam blogging hanya sekadar cakap mengenai cucu, pasal pokok dan sikit-sikit cerita pengalaman kerja. Mudah-mudahan tidak membosankan mereka.

Pada saya, mereka mempunyai pelbagai maklumat terkini dan berwawasan tinggi. Di zaman Rasulullah, mereka ini mungkin serupa dengan para penyair. Para penyair ketika itu turut mempertahankan wahyu. Wahyu kalam Allah dan syair perkataan penyair. Blog penyair ialah dinding ka'bah dan tempat-tempat tumpuan ramai. Itu dulu, ketika itu.

Cumanya, saya tak dapat siarkan gambar mereka di sini. Kamera saya dibawa oleh anak ke majlis kursus di Seremban. Yang ada di rumah ialah milik orang lain. Saya tak berani menggunakannya.

Read more...

Tukar Nama Dan Susunan Baru

>> 13.2.09


Depan rumah yang sekangkang kera ku jadikan taman kecil dan dinamakan sebagai Halaman Pepohon Impiana. Baru-baru ini blogger ISA (Ikut Suka Aku) tulis dengan hanya Laman Impiana sahaja. Rasanya apa yang ditulis oleh ISA itu lebih sedap disebut. Jadi, Halaman Pepohon Impiana ditukar kepada Laman Impiana. Terima kasih ISA.

Sempena penukaran nama tersebut maka susunan pokok dalamnya juga diubahsuai. Sehingga petang ini susunannya adalah sebagai yang tertera dalam gambar-gambar di bawah:

Insya Allah, penambahan bebera pokok akan dilakukan dalam masa terdekat.

Read more...

Yang Dalam Gambar Ni Saya Punya

>> 12.2.09


Pohon kiwi dalam gambar-gambar ini adalah milik saya. Ia jenis Golden Kiwi. Versi inilah sahaja yang telah berbunga. Oleh kerana versi ini kejayaan pertama dengan teknologi yang agak rendah maka ia telah dimusnahkan. Gantinya ialah versi terbaru dengan teknologi yang lebih baik dan agak tinggi.

Sebelum prunning.

Selepas prunning. Kelihatan air meleleh pada setiap bahagian yang dipangkas. Ini menunjukkan pohon yang cukup sehat.

Setelah disuntik hormon dan mulai bertunas.

Read more...

Sejuta Recipe


Percayakah anda, di dunia ini terdapat hampir sejuta recipe makanan yang melibatkan daun anggur. Ini termasuk daging bakar berbalut daun anggur, ikan kukus berselimut daun anggur, teh daun anggur dan ulam pucuk anggur.

Saya suka beriani daun anggur dimakan dengan ayam masak kurma jeruk daun anggur. Pernahkah anda membuat popia daun anggur atau rempeyek daun anggur?

Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP