012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Gambar Ayah Saya

>> 24.3.09


Beberapa sahabat bertanya adakah Abdul Wahab Arbain itu nama penuh saya. Siapa nama ayah saya. Dan mereka nak tengok gambar ayah saya, mungkin mereka kenal.

Nama saya hanya Abdul Wahab. Arbain ialah nama ayah saya. Sengaja tak tulis "bin". Orang Arab kini jarang tulis "bin". Lagi pula, semasa di barat, kalau tulis "bin" menyebabkan nama saya jadi panjang, iaitu A.W.B. Arbain. Semasa di negeri Arab saya tulis عبد الوهاب أربعين حسان. Hassan ialah nama atuk saya. Kalau tak tulis nama atuk, orang Arab akan tulis begini عبد الوهاب ٤٠ . Kerana, perkataan Arbain dalam bahasa Arab ialah 40.

Ayah saya lebih dikenali sebagai Tuan Guru Haji Salleh Hassan. Tapi dalam passport dan mykad (serta dokumen resmi) ialah Arbain bin Hassan. Usia resmi ialah 85 tahun. Yang tidak resmi mungkin lebih dari itu. Maklumlah orang Melayu zaman dulu, ada yang tidak direkodkan. Jadi, pakai agak-agak semasa nak buat kad pengenalan. Ibu saya telah kembali ke rahmatilLAH.

Bawah ini ialah gambar ayah dan makcik saya sekarang.


Gambar pada 30092008.

7 comments:

Unknown March 24, 2009 at 8:06 PM  

Salam Dr.

Rupanya Dr. dari keturunan yang panjang umur. Insya Allah Dr. pun akan begitu. Ayah Dr. nampak masih cergas walau pun dah 80 tahun lebih. Alhamdulillah.

Bab anggur, saya ada cuba tanam di perkarangan rumah tapi tidak subur. Hidup segan mati pun tidak. Dah bertahun tapi rasanya baru tinggi 1.5 kaki. Apa masalahnya saya memang tidak arif.

Satu lagi nak tanya ladang Dr. ni kat mana? rasanya nak juga berkunjung.

Pengasas March 24, 2009 at 9:17 PM  

Wa'alaikumussalam MountDweller,
Sama-sama kita berdoa supaya kita dalam umur yang penuh beriman serta bertaqwa.
Saya tak ada ladang. Dulu ada nurseri sekangkang kera. Dah selesai kajian, serah nurseri tu pada kawan. Sekarang tumpu & improve pohon kiwi pila.
Nak tengok nurseri tu datanglah. Ini nombor saya: 012 363 5658.

Unknown March 24, 2009 at 9:45 PM  

Salam Dr.

Saya dah ambil no. tu. Terima kasih. Insya Allah kalau saya berkesempatan dan berada di sana saya akan singgah. Tapi di mana/kawasan mana tu?

Pengasas March 24, 2009 at 10:27 PM  

Wa'alaikumussalam MountDweller,
Ye tak ye juga.
Saya di Taman Bukit Kapar, Bukit Kapar, Kapar, Selangor.
Kalau dari Klang, lalui Jalan Meru.
Nak senang lagi, sampai pekan Meru, hubungi saya. Insya Allah.

Unknown March 24, 2009 at 11:37 PM  

Kalau macam tu, tidaklah masalah sangat. Saya selalu ke Klang rumah kakak ipar di Taman Seri Andalas dan jalan meru pun saya selalu juga makan angin.

Unknown March 25, 2009 at 5:16 PM  

Salam ayahnde

Kalo arwah atok saya (belah mak) masih ada, tentu umurnya dalam pertengahan 70-an.. tetapi atok saya meninggal masa umur belum 40 tahun. waktu itu saya baru 4 bulan..

anak2 ayahnde tentu seronok sebab ade atok lagi.. mcm saya ni 2-2 belah dah takde.

Pengasas March 25, 2009 at 7:27 PM  

Wa'alaikumussalam KakYong,
Datuk dan nenek saya sebelah ibu dah lama meninggal. Begitu juga datuk sebelah ayah. Nenek sebelah ayah baru 3 tahun meninggal. Waktu itu usianya 115 tahun.
Mengenai ayah saya, dia baru sebatang giginya gugur. Yang lain semua sehat tanpa sebarang lubang atau penyakit. Dia juga masih memandu sendiri. Boleh sampai Kedah dan Pahang ziarah anak-anak.

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP