012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Gambar Kenangan

>> 25.3.09


Anak kami yang masih di sekolah menengah ialah Faridul Fawzan, tingkatan 5 di Alam Shah, Putrajaya; dan Muhammed Anas, tingkatan 2 di MCKK. Yang masih di universiti ialah Dzul Riyhayn, USM; dan Dzul Imtiyaz, UiTM.

Bila mereka ke asrama, kami tinggal berdua di rumah. Walaupun anak kedua tinggal bersama kami, tapi jadual kerjanya agak pelik. 2 malam kerja, 2 hari 2 malam cuti, kemudian 2 siang bekerja dan 2 hari 2 malam cuti. Semasa kerja malam, siang cuti. Semasa kerja siang, malam cuti. Dia bekerja di JPM, tapi tak ingat entah tingkat berapa. Yang pasti bukan di pejabat Pak Lah.

Semasa kecil, kami latih mereka makan berkongsi. Kadang-kadang dalam satu bekas sahaja. Macam orang-orang tabligh masa kini atau para sahabat di zaman Rasulullah. Kami juga melatih supaya hidup bersederhana. Menghormati orang lain dan jangan sekali-kali bongkak atau berdegar-degar. Usah malu dengan apa yang dimilikki dan jangan sesekali berbohong atau berlagak.

Gambar bawah dirakam dalam tahun 1996. Mereka gembira berkongsi makan kentang goreng dalam satu bekas sahaja. Alhamdulillah, anak-anak kami mesra sesama mereka. Tak pernah bergaduh besar dan tak pernah nafsu-nafsi. Syukur.

Bila tengok gambar-gambar mereka semasa kecil, basah juga mata dan hiba pula di dada.

6 comments:

NIk Fauziah Nik Hussin March 26, 2009 at 3:27 PM  

salam dr.
Makan bersama sunnah Rasulullah s.a.w, mengerat kasih sayang, membuang rasa keakuan. Sangat baik untuk dicontohi oleh kami generasi muda

Pengasas March 26, 2009 at 6:39 PM  

Wa'alaikumussalam Nik,
Bukan untuk generasi muda sahaja, tapi untuk semua. Lagi tua lagi penting ikut sunnah Rasulullah. Kalau tak, itulah tua tak sadar diri.

Unknown March 27, 2009 at 10:54 AM  

salam ayahnde

anak2 ayahnde semua hero ker...
teman pun nak ajor anak2 makan cam gini.. makan dok bersila.. kena juga biasakan, nanti balik kg susah plak tak reti makan bersila..

Pengasas March 28, 2009 at 9:48 AM  

Wa'alaikumussalam KakYong,
Betul, anak kami semua lelaki. Cucu kami pun semua lelaki. Ketentuan Allah adalah yang terbaik untuk masing-masing kita. Kami bersyukur.
Di rumah kami tak ada meja makan. Kenalah makan bersila. Sapa juga ke rumah kami, kena makan bersila.
Cara makan, bebas. Dengan sudu-garpu boleh, dengan chopsticks pun tak apa.

CYS,  March 28, 2009 at 9:27 PM  

Salam Dr

Memang berbeza akhlak anak-anak bila diamalkan makan berjemaah. Dulu kami berempat, setiap makanan akan dikongsi, semangkuk ais kirim, sekotak air kotak, semua beli satu untuk semua, bukan beli untuk setiap anak satu...mesti kongsi..kesan mereka berbeza dari yang lain.

Pengasas March 30, 2009 at 10:39 PM  

Wa'alaikumussalam CYS,
Sejak jumpa dulu dah lama kita tak bersua.
Seronok saya dengan cerita makan berjamaah anak-beranak. Mereka itu lah penghuni rumahku-syurgaku. Kalau CYS nak tahu, bila dah pencen dan dah jadi warga emas lagi terasa yg merekalah keluarga kita sebenar.

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP