Semua Cantik, Nak Pilih Satu Sahaja
>> 20.3.09
Tanpa hutang adalah penting. Setakat ini, selain rumah, ada dua buah kereta. Sebuah, dibeli dalam tahun 1980. Sebuah lagi, dibeli dalam tahun 2000. Tak ada hutang dan enjin masih baik. Boleh pusing seluruh semenanjung.
Namun, apa yang saya idamkan ialah memilikki pondok di kebun. Berehat sambil berkebun, untuk keluarkan peluh. Bukan untuk berniaga. Berehat di kebun memang seronok. Jauh dari bising dan kesebokan orang ramai. Boleh bertenang, boleh berfikir dan boleh bernostalgia.
Selama ini memang ada pondok ala kadar saja. Ada bumbung sahaja. Kalau boleh biar kemas dan lengkap sepatutnya. Ada bekas dan tadahan air hujan. Tak mahu eletrik dan air paip. Boleh masak makanan dengan menggunakan kayu atau arang.
Di bawah ialah gambar pondok yang agak perkenan di hati. Belanjanya pun mungkin lebih murah. Kalau nak buat pun, mungkin tahun hadapan.
4 comments:
Salam Dr.
Kalau ada tanah/kebun, jual/sewakan tapak khusus untuk dijadikan satu perkampungan/penempatan bercirikan alam semulajadi.
Tiada apa2 kemudahan, umpama hidup dalam zaman awal 1900. Konsep yang sama Dr. nyatakan.
Salam Dr .. salam semua
Saya ada tanah pusaka 2 ekar dekat Manong. Tepi jalan. Takde letrik. Tapi udah terbiar. Dulu adaler nanam2 pokok dusun. Bila saya pindah jauh sikit dari Manong, tanah tu terabai. Tanam jer anak pokok, abih dikojerkan babi. Nak pagor banyak belanje.
Kalo ade sesape teringin nak buat dango tempat berehat, silakan. Tak payah sewa. Jangan mintak nak beli tanah tu pulak. Kalo tanam pokok buah/kekal, niatkan hasilnya diwakaf bila kita udah takde ..
Mungkin teman boleh numpang berehat sekali sekala di tanah teman.
Teman dan Ude Kenang memang nak buat dango cam Dr cakapkan tu. Tak tahuler berapa bulan lagi siap. Mungkin dalam tahun ni juge.
Wa'alaikumussalam,
Isa & Mamamat,
Mamamat dan Ude Kenang nak siapkan tahun ini juga? Berapa banyak dango tu? Itu usaha amat bagus.
Saya rasa kita patut juga berfikiran cara lama untuk membangunkan projek bentuk purba. Umpamanya, kita berpakat 10 orang. Setiap sorang buat dango 1 buah. Belanjanya, kira-kira 3 ribu. Ada 10 dango. Kemudian kita offer juga pada sesiapa yang nak berehat. Boleh tahan jugak pendapatan tu?
Cara ni dah ada yang buat. Pak Itam Inn di Pahang, umpamanya.
Kena gaya kita boleh bincang tu.
salam...
teman pun suka kalo ade pondok sebegitu.. lebih lagi, kalo yg interior cantik cam foto ke3
Post a Comment