012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Dua hari Dua malam yang meletihkan

>> 6.8.10

11.08 pagi Rabu bergerak ke Kuala Kangsar. Menyusur ikut jalan sebelah pantai. Dari situ terus ke USM, melalui PLUS. Lepas solat jama' terus ke hotel badget berhampiran warong Line Clear. Sebelum sampai sempat sesat jalan, tapi tak jauh.

Cerita pasal sesat jalan, teringat saya semasa sesat jalan di London waktu muda-muda dulu. Oxford Street yang tidak boleh dilalui oleh kereta biasa, selamba saya lalui dengan kereta. Berselisih pula dengan kereta polis. Tapi mereka tak ambil tindakan. Sebaliknya mereka ketawakan saya. Kalau di Malaysia, mungkin saya ditengking dan ditangkap.

Lepas maghrib, borak sekejap dengan awek-awek dari Canada. Entah kenapa mereka suka ketawa besar. Mungkin kerana ungkapan saya seperti Grand-uncle dan You came from other side of earth and bla bla .... Kemudian kami anak beranak ke warong budget Line Clear.

Khamis, lepas sarapan jus orange dan setengah keping roti, terus ke USM. Lepas konvo nak ambil gambar dengan Dzul. Masa tu baru tahu yang kamera tertinggal di hotel. Bergegas ke sana, alhamdulillah, pihak hotel tolong simpankan.

Jam 3.38 petang bergerak balik. Sampai di rumah jam 7.20 petang. Lepas solat 'isak terus tidur. Tak sedar langsung, hingga terkesiangan pagi ini, Juma'at.

Letih sangat sangat ooooooo!

2 comments:

p3chandan August 7, 2010 at 4:49 PM  

Salam Prof...rehat2 la dari long distance driving, bagi anak2 pulak jalankan tugas..banyak kan berehat supaya tak memudharatkan kesihatan.Tahniah pd Prof dan keluarga atas kecermelangan Dzul

Pengasas August 7, 2010 at 11:34 PM  

W'salam P3C,
Kali ni bergilir dengan anak driving. Duduk tidak memandu menyebabkan letih bebeno. Kalau full-time memandu taklah letih.
Pelik kan?

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP