012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Hikmah Ramadhan mula diRasai ....

>> 15.8.10

Belum sampai seminggu bulan Ramadhan tetapi, alhamdulillah, hikmah darinya sudah dirasai. Antaranya ialah penjimatan belanja makan-minum dalam seminggu. Memang terasa amat jimat. Dalam bulan-bulan biasa, makan tiga kali sehari. Tetapi, dalam bulan Ramadhan hanya dua kali sehari.

Hari ini, berbuka seperti makan pada hari-hari biasa. Tiada perubahan, tiada berlebihan dan tidak mengada-ngada. Malah tidak terpengaruh dengan pasar Ramadhan.

Berbuka hari ini ialah nasi berlaukkan ikan kembung bakar yang dibungkus dengan daun Sutera (Mulberry) dan daun anggur. Fuhhh, empat ekor ikan kembung sudah cukup untuk lima beranak. Lepas makan, minum air perisa laici. Alhamdulillah, kenyang dan sungguh memuaskan. Berjaya berpuasa dan berjaya melawan nafsu gelojoh makan.

Di sini dan di sinun.

0 comments:

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP