012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Tak tidur, terlalu letih ....

>> 27.8.10

Rabu malam Khamis tak tidur. Lepas subuh start baring nak tidur. Baru mula terlelap, call masuk melalui hp. Lepas cakap, mula nak lelap. Orang sesat datang tanya rumah si anu kat mana.

Mula lagi cuba nak lelap, budak-budak entah dari mana bakar mercun. Cuba lagi nak lelap, isteri pulak bagitahu dia nak keluar bayar bil dan ansuran kereta. Terlelap sekejap, isteri buka pintu, terjaga lagi. Tengok waktu dah hampir zuhur. Bangun dan mandi.

Lepas zuhur ke Tesco, shopping. Beli itu beli ini, tengok sana tengok sinun, sorang budak dengan emaknya menghampiri saya, "Maaf, pakcik sorong troli kami." Bila pulak saya dah tersalah troli. "Pakcik minta maaf. Maaf ye!" Saya berlalu dengan tersipu-sipu.

Beli juga sekor ikan besar. Cadang nak masak macam kat dalam posting sebelum ini. Bincang punya bincang, akhirnya tak jadi masak macam tu. Keputusannya masak kukus sahaja.

Lepas berbuka dan solat terus tidur. Terlalu mengantuk dan terlalu letih. Jam 11.00 malam barulah segar semula.

4 comments:

ISA August 27, 2010 at 5:02 AM  

Salam Dr.

Nasib baik tersalah troli, kalau tersalah paut bini orang macamana...???

hahaha...

Melur Jelita August 27, 2010 at 5:54 AM  

Salam Dr,
susah nak lena kalau tidur siang, ada je gangguan tetapi bila malam pula, idea mencurah-curah.

Pengasas August 27, 2010 at 6:02 PM  

W'salam ISA,
Nak jadi cerita lagi, masa kat dalam pusing-pusing terserempak lagi 3 kali. Masa keluar balik pun tersama-sama.
Macam cerita hindustan la ....

Pengasas August 27, 2010 at 6:05 PM  

W'salam Azarni,
Betul tu.
Kalau tidur siang bunyi mercun; dan tidur malam bunyi meriam.
Begitulah adat dan mentaliti puasa Melayu.

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP