Sihat tapi bermasalah ...?
>> 21.5.11
beberapa sahabat bertanya apakah maksud saya sebenar.
Jawapan saya adalah sebagai berikut:
Saya, alhamdulillah, dalam keadaan sihat wal 'afiyat. Pada 3 Mei 2011,
saya merasakan ada sampah kecil dalam mata kiri. Namun, saya tidak
merasa sebarang sakit. Pada hari-hari berikutnya sampah itu semakin
besar dan mulai menutup pandangan.
Pada 22 Mei, saya berjumpa doktor di Klinik Kesihatan Meru.
Beliau memeriksa dan mencadangkan supaya saya segera menemui doktor
pakar di Hospital Sg. Buloh (HSB). Lalu saya ke HSB pada hari esoknya,
iaitu 23 Mei, 2011. Di HSB, doktor pakar mengesahkan supaya saya
serta-merta menemui doktor pakar di Hospital Selayang (HS).
Pada 24 Mei 2011, di HS, saya menemui doktor pakar, doktor perunding
dan Ketua Jabatan. Melalui pertemuan-pertemuan tersebut maka dirumuskan
supaya saya masuk wad untuk menjalani pembedahan pada tarikh serta
waktu yang telah ditentukan.
Rumusan: Dalam bahasa biasa, mata kiri saya mengalami
sedikit kebocoran dan terpaksa dirawat melalui pembedahan.
5 comments:
Salam Tuan,
Semoga Tuan dapat menjalani rawatan dan sembuh segera. Ada banyak lagi yang kita nak ceritakan ...
Salam Dr.Wahab, Semoga pembedahan keatas mata dr. berjalan dengan lancar dan sembuh dengan segera..
Assalamualaikum Prof, oh gitu. Semoga tidak ada yg komplikated...didoakan semua berjalan dgn baik dan dipermudahkan!
gunalah PERMATA HIJRAH KATA PAKAR MATA?
assalamulaikum,
semoga di permudahan segalanya dan masih lagi di izin oleh NYA untuk meminjam nikmat NYA yg tidak sejak ternilai itu. Maaf abang long tak sempat bertanya khabar sejak kebelakangan ini kerana sibuk dengan urusan dunia...walau apa jua pun saya doakan semoga segalanya dipermudahankan.
zaki.
Post a Comment