Secara astronominya, awal Ramadhan di Malaysia
tahun ini ialah pada hari Selasa, 9 Julai 2013. Sempena
Ramadhan itu nanti saya dan isteri akan mengurangkan
aktiviti perkebunan di SantaiD'Rimba. Sebaliknya, kami
akan melebihkan aktiviti PTL (Pertanian Tanpa Ladang)
di hadapan rumah sahaja.
Petang Jumaat, dulu semalam, saya aktifkan semula PTL
dengan menyemai sayur bayam. Pagi tadi dah mula tumbuh.
Isnin, ke kebun. Cadang nak buat kerja. Dah lebih
dari seminggu badan tak keluar peluh. Namun, cadangan
terpaksa dibatalkan. Jerebu amat teruk. Bukan sahaja
merata dalam kebun tapi juga mendap di celah-celah
rumput atas tanah. Kira-kira 20 minit kemudian,
cau balik. Rasulullah pernah mengingatkan kita
tentang jerebu dari arah barat di akhir zaman.
Maha Suci Allah dan amat benar Rasulullah.
Jumaat. Cuti.
Ronda-ronda di daerah internet dan tertarik pada:
Burung Wak-wak
Burung Ayam-ayam
Ayam Hutan
Ideanya, dua-tiga hari lagi nak balik kampung cari siapa
yang ada lesen berkenaan. Buat tempahan beberapa ekor untuk
jamuan anak-cucu semasa raya nanti. Hhmmm, nyam nyam ...
Errrkkkk, alhamdulillah ...
Dah lama tak ke kebun. Siang-malam di samping isteri.
Dia demam. Beberapa doktor (termasuk anak sendiri) dah cuba
rawat, tapi belum sembuh sepenuhnya. Itu antara bukti kuasa
mutlak Allah SWT. Dan begitulah kehidupan warga-emas.
Di waktu siang, kami hanya berdua. Lima anak bekerja;
dan dua lagi sedang belajar. Adapun bekerja itu kewajiban;
dan belajar itu perjuangan. Semua itu untuk masa hadapan.
Sambil itu, saya berinternet. Antara yang ditemui ialah
gambar yang terpampang di bawah. Sumber dari bro-Google.
Mungkin ada kaitan dengan perkara ini.
Sejak Anas masuk UiTM, cuti Jumaat dah jadi
macam wajib. Tak boleh gi kebun atau ke mana-
mana. Sebab, jam 3.00 lepas solat, ambil dia
dari kolej. Hari Ahad, hantar semula. Inilah
akibat rumah terlalu dekat dengan kolej.
Besok, cadang nak buat perkara dalam gambar
kat atas tu. Dah lama geramkan puyuh, sintar
dan lain-lain burung di kebun. Kalau siap,
boleh bawa ke kebun pada Isnin nanti.
Semoga berjaya dan berhasil.
Sebelah kanan, di celah pokok-pokok, kelihatan
rumah almarhum ibu-bapa kami. Kini, ia didiami oleh adik
bungsu kami. Sebelah kiri, dicelah pokok-pokok; berhampiran
jalan besar ialah sebuah surau. Di sebalik pokok-pokok itu
ialah tanah sawah panggu pusaka untuk saya. Saya minta
adik bungsu usahakan sawah ini.
Sejak seminggu yang lalu, saya asyik memikirkan tanah
panggu ini. Terfikir nak buat tambak rumah; dan beberapa
bulan kemudian buat rumah dari kayu-kayu second-hand.
Mungkin dengan special design.
Jika fikiran ini jadi realiti, boleh lepak-lepak dan
rehat-rehat di kawasan sawah pula. Lagipun, di sinilah
kami dibesarkan. Secara khusus, saya mula ke kawasan
ini sejak ia masih hutan belukar lagi.
Ahad, jam 11.42 tengahari, Dzul (anak ke empat kami)
bergerak dari Kuala Kerai, Kelantan. Sampai di Kapar
jam 6.05 petang. Jarak sejauh 432km. Menariknya, dia
menunggang motosikal Yamaha 135LC. Perbelanjaan petrol
hanya kira-kira RM19.00 sahaja.
Wow, dari aspek kejauhan, dia sudah mengatasi rekod
yang pernah saya cipta. Namun, dari aspek usia, dia
belum mengatasi. Syabbas, anak abah.
Khamis. Di SantaiD'Rimba. Buat kerja-kerja remeh.
Antaranya, pindahkan pokok bakawali ke atas tanah,
anak sweet cherry ke dalam pasu dan mengemaskini
zon penyemaian. Petang, cabut ubi kayu kuning.
Insya Allah, hari Isnin, akan ke sana lagi.
Alhamdulillah, Anas telah mendaftar Asasi Sains UiTM,
Puncak Alam. Kolej, sebilik dengan kawannya semasa di MCKK.
Khairul, sepupu Anas, juga telah mendaftar. Semoga mereka
berjaya dengan cemerlang. Aamiin yaa Rabbal 'aalamiin!
Minggu lepas, tengahari Ahad, tiba-tiba tiga orang
cucu (Nasrul Farhan, Fathul Farhan dan Abdul Qayyum
Farhan) datang. Lewat petang mereka pulang.
Minggu ini, awal malam tadi, tiga cucu (Muhammed
Naufal, Muhammed Dzakuan dan Izzatul Husna) pula
datang. Malam nanti, adik sekeluarga dari Kedah
juga dijangka datang. Wow, tentu meriah.
Besok, kami ke UiTM Puncak Alam untuk mendaftar
Anas dan Khairul. Mereka, bersepupu, akan belajar
di sana. Semoga berjaya, insya Allah.