Anak Cucu Semua Ada
>> 27.9.08
 Farid dan Nani tak jadi berangkat ke Kelantan malam tadi. Pembatalan itu atas nasihat mertua Farid (ibu Nani, besan kami). Nasihat orang tua tentulah ikhlas, jujur dan berasas.
Farid dan Nani tak jadi berangkat ke Kelantan malam tadi. Pembatalan itu atas nasihat mertua Farid (ibu Nani, besan kami). Nasihat orang tua tentulah ikhlas, jujur dan berasas.Anis, Lily dan Naufal sampai tengahari tadi. Jadi, semua anak, menantu dan cucuk berkumpul semasa berbuka petang tadi. Walaupun makanan yang disediakan sederhana sahaja tapi kami seronok dan berselera makan. Hampir semua makanan licin. Kalau ada kuih (tadi, tak ada kuih) mungkin licin juga.
Insya ALLAH, dengan berkat berpuasa, kami akan terus hidup secara sederhana. Tidak akan mengada-ngada dan tidak akan membazir.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 comments:
Post a Comment