012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Persiapan Raya

>> 25.9.08


Dua hari lepas pergi ke TESCO bersama isteri. Tujuannya ialah membeli makanan dan mainan cucu. Tapi tak ada yang berkenan di hati. Akhirnya beli beberapa buah bantal untuk menggantikan bantal-bantal yang dah penyet dan leper di rumah.

Sebelum keluar TESCO, beberapa kali isteri nak belikan baju. Tapi aku tak mau. Sebab baju-baju yang dibeli dalam tahun-tahun 2000 - 2001 masih ada dan boleh dipakai. Walaupun dah lusuh tetapi masih ok, tak ada yang koyak. Sehari kemudian, adik datang ke rumah dan menghadiahkan sehelai baju Melayu. Tak terima, tak patut. Ini hadiah. Nampaknya berpakaian barulah raya tahun ini. Malu rasanya terhadap ALLAH berpakaian baru di hariraya. Sebab, hariraya adalah milik orang faqir dan miskin (عيد الفقراء والمساكين). Baju baru yang dihadiahkan ini adalah kes istimewa.

Hariraya tahun ini sama seperti raya tahun-tahun lepas dan sama dengan hari-hari biasa. Tiada persiapan istimewa kerana raya. Apa yang ada hanya biasa. Aku tetap menghormati hariraya sebagai hariraya untuk faqir dan miskin.

Sama juga tiada persiapan duit raya untuk kanak-kanak. Mereka tidak patut dididik berziarah kerana mengutip wang raya. Seperti biasa, mereka yang berziarah ke rumah akan dijamu minuman biasa dan sedikit makanan, jika ada.

2 comments:

zahraannur September 25, 2008 at 8:39 PM  

Salam. Selamat hari Raya Eidulfitri. Semoga Eidulfitri kali ini memberi erti pada diri...

Pendidikan September 26, 2008 at 12:22 AM  

W'salam,
Selamat Eidulfitri juga untuk zahraannur! Semoga kita dan keluarga kita semua berbahagia di dunia hingga ke akhirat.
Salam.

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP