012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Rahsia Kesihatan: SUBHANALLAH

>> 19.9.08

Rabu, 17 September, pagi ke HBKL kerana ada janjitemu dengan doktor pakar. Tunggu sampai pukul 11.00 dia tak dapat datang. HBKL janji akan hubungi kemudian.

Khamis, 18 September, pagi ke HTAR Klang kerana urusan Wah yang patah tulang selangka tempohari. Dapat nombor giliran awal tapi dipanggil giliran terakhir sessi pagi tu, pukul 12.30. Petang HBKL talipon ada janjitemu hari Jumaat, pukul 9.00.

Tadi, Jumaat, pukul 7.10 pagi bertolak ke HBKL kerana nak rebut tempat parking. Bila jumpa pakar dia kata, 6 Oktober kena datang jumpa pakar bius dan 3 November kena masuk wad. Sebelum balik, ambil darah, ECG dan x-ray. Sampai rumah pukul 1.40 tengahari. Tak berjumaat hari ni. Terlalu letih. Sedang selesa tidur, jiran main mercun. Terpaksa bangun.

Kesahnya begini. Saya didapati ada batu karang dalam buah pinggang sebelah kiri. Dah 3 kali tembak lesar (ESWL=Endoscopic Shock Wave Lithotripsy). Tapi batu tu dah kebal. Tak mau hancur. Hanya ada 2 serpihan saja. Dah keluar pun. Pulamak sakitnya, masa keluar tu. Sebesar beras jantan, tajam dan sompek.

Setelah para pakar berijtihad, saya perlu menjalani URS (Ureteroscopy). Iaitu tembak dengan suatu alat melalui saluran kencing. Woow, tentu sakit tu. Jadi, 6 Oktober, nak pastikan keadaan jantung, sama ada boleh dibius penuh atau tidak. Kalau boleh, 3 November masuk wad untuk menjalani procedure tersebut.

Begitulah Kekuasaan Allah. Manusia boleh mengubati orang lain, tapi diri sendiri dirawat oleh orang lain. Anak sendiri pun doktor. Dia tak sehat berhari-hari juga. Jadual hidup, ALLAH yang tentukan. Sehat dan sakit, ALLAH juga yang tentukan. Semua, hak milik dan ketentuan ALLAH. Siapa kita, nak berlagak dan takbur. SubhanalLAH.

Gambar atas ialah sebahagian koleksi x-ray berkaitan.

2 comments:

KiTTuN September 20, 2008 at 7:05 PM  

Kesakitan itu adalah satu medan ujian. Bersabar, berusaha merawat & bertawakkal.
Dalam Al-Quran, Allah berjanji akan membahagiakan orang-orang yg sabar dan tabah mengarungi hidup. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Yaitu mereka yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah, dan kepada-Nya kami akan kembali (QS Al Baqarah [2]: 155-156).

Pendidikan September 21, 2008 at 12:04 AM  

Terima kasih kerana ingatan tersebut, sesuai dengan firman Allah yg. bermaksud "Maka hendaklah kamu saling mengingatkan, kerana sesungguhnya ia memberi manfa'at kepada mukminin".
Memang benar kita hidup dan mati, sehat dan sakit dan lain-lain, semua mengikut jadual yang telah disediakan oleh Allah.
JazakiLLAHU khairan kathiran.

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP