012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Sekejap Kerja Malam

>> 11.9.08

Malam ini menyuntik hormon pada benih kiwi VersM Siri8-2008 (gambar atas). Waktu siang tak sempat. Masih banyak semaian yang belum diuruskan. Tak selesa kerja siang. Tak boleh minum.

10 comments:

IAD UPNM September 12, 2008 at 3:52 PM  

Salam Dr Arbain...

Saya telah membeli kurma yang belum masak warna merah.Saya berminat untuk menanam/membiakkan kurma tersebut melalui biji benih. Boleh Dr Arbain terangkan secara ringkas bagaimanakah caranya. Tq

Pengasas September 14, 2008 at 10:31 PM  

Wa'alaikussalam!
Caranya, bersihkan biji tersebut. Pastikan kulit nipisnya jiga dibuang supaya mata di tengah2 belakang biji itu tidak tertutup. Campur dengan sedikit media, masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti ais sebelah bawah sekali. Biarkan selama 2 - 3 bulan. Lepas tu semai dengan menegak. Ponggong (yg tajam tu) biji sebelah atas sedalam setengah inci. Insha Allah, 25 - 35 hari kemudian akan tumbuh dan akan berbuah ketika berumur antara 3 - 5 tahun. Nak lanjut lagi hubungi saya 012 363 5658.
Selamat mencuba.

Bonekahati September 15, 2008 at 2:35 PM  

seronok betul kalau nak taman pokok buah2an ni. lebih2 lagi sekarang dah ada guru utk dijadikan tempat rujuk.. selamat prof!

Anonymous,  September 15, 2008 at 2:52 PM  

kiTTun,
sekarang ni boleh buat dalam pasu jer, tak payah ada kawasan luas. buat sekitar atau depan rumah, boleh kerja waktu malam atau pada bila2 masa.

pendidikan

Bonekahati September 15, 2008 at 9:47 PM  

Kat rumah saya byk pokok2 berdaun dan pokok2 bunga yg wangi mcm bunga cempaka, pokok jasmin & byklah pokok yg wangi2. semuanya ditanam didalam pasu yg besar2. teringin sgt nak tanam pokok buahan pulak. lebih2 pokok buah yg comel2 mcm yg prof tanam tu tentu lebih menarik.maybe setiap hari sambil saya bermain bersama2 kucing dan anjing kesayangan saya boleh saya tengok pokok2 tu. mana nak dapatkan pokok2 tu erk? saya nak tambah hobi baru.

Bonekahati September 15, 2008 at 9:52 PM  

Nak tanya, media tu apa? saya ni kurang arif tentang tanaman ni. Sejak lepak2 kat sini rasa terpanggil gak nak tanam pokok buahan. Berbudi pada tanah x rugi.

Pengasas September 15, 2008 at 10:54 PM  

kittun,
media yg saya maksudkan ialah bahan tempat akar nak tumbuh atau menjalar, eg, tanahlah biasanya.
tapi, saya menyemai benih pokok temperate dalam sphagnum & jeffy atau serbuk sabut.
kalau menyemai benih anggur dalam pasir 100%. kalau biji bunga dalam jelly pun boleh.
begitulah "media".
cuma siraman yg penting. selain air dan baja, hormon dan vitamin juga mustahak.

Pengasas September 15, 2008 at 11:01 PM  

kittun,
benih pokok apa yg kittun nak cari tu?
di kelantan pun dah banyak pohon anggur. dah berlori2 dia orang angkut dari nurseri saya beberapa tahun dulu.
kalau nak menyemai sendiri benih apple, pear, peach, etc pun boleh.
bidang inilah kajian saya bertahun-tahun lamanya.
sekarang saya sedang menyemai dan biakkan benih2 tu.

Bonekahati September 15, 2008 at 11:08 PM  

wah boleh semai sendiri erk..?
lagi seronok tu. dengan panduan yg prof beri insyaALLAH saya boleh lakukan sendiri.

Pengasas September 16, 2008 at 12:47 AM  

kittun,
menyemai biji benih apple, peach, plum, pear, kiwi, apricot, etc temperate yg lain tak serupa dengan menyemai biji kurma.
walaubagaimanapun, cubalah.

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP