012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Projek Minuman Kesihatan ...

>> 12.10.10

Semalam, hari terakhir Anas mengambil peperiksaan PMR.
Besok dia akan balik berehat di rumah hingga petang Ahad.

Hari ini, 9.45 pagi hantar Fawzan ke pusat peperiksaan MUET
di Klang. Kemudian, saya dan isteri ke Pasar Besar Klang.
Inilah kali pertama kami masuk pasar. Anda percaya?

Hari ini juga ialah minggu ke empat Projek Minuman Kesihatan.
Minggu pertama, minum rebusan daun ketumbar dicampur dengan
daun sup. Minggu kedua, minum rebusan daun ketumbar sahaja.
Minggu ketiga, minum rebusan daun ketumbar dicampur daun sup
dan daun kucai. Minggu ini dan seterusnya akan minum rebusan
daun ketumbar dicampur daun parsley. Dijangka, insya Allah,
akan menjadi minuman harian.

Setakat ini, sebu perut sejak berbulan lalu dah tak ada.
Boroi perut mulai berkurangan. Kahak-kahak juga dah hilang.
Pinggang pun dah terasa kuat. Beberapa penyakit rutin
warga emas juga dah sembuh, dengan kuasa Allah.
Alhamdulillah.

Khasiat minum rebusan daun ketumbar dan
daun parsley di sini.

4 comments:

Idalara October 12, 2010 at 3:38 PM  

Salam semuga tuan sentiasa diberi kesihatan yg baik walaupun sibuk dengan urusan harian.Insyallah

n.jamiri October 13, 2010 at 3:43 PM  

Salam Dr. Abdul Wahab...semoga dr. sihat2 selalu...terima kasih dengan tunjuk ajar dan ilmu yang diberikan.

Pengasas October 13, 2010 at 6:42 PM  

W'salam Ida,
Terima kasih kerana mendoakan kebaikan. Semoga Allah berikan juga kepada Ida sihat wal 'afiat.

Pengasas October 13, 2010 at 6:44 PM  

W'salam Jamiri,
Terima kasih. Semoga Allah berikan kita sihat wal afiat.

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP