012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Aik ...? SeEkor Belut ...?

>> 29.12.12

Sumber: Google

Khamis ke kebun. Buat kerja-kerja untuk keselamatan
rumah dari pencuri. 90% dah siap. Insya Allah, minggu
depan akan siap.

Isteri buat urusan tempirai. Selain dari sepat dan puyu,
dapat seekor belut sederhana besar dan panjang. Bawa balik
untuk dihadiahkan kepada Anas yang terlalu meminatinya.
Sampai di rumah dan bila siap dikari, rupanya ada lagi
seorang peminat belut, iaitu Wah.

Sebagai catatan, pengikut mazhab syi'ah dan sebahagian
pengikut mazhab hanafi berpendapat bahawa ikat yang tidak
bersisik (eg. keli, belut, tenggiri, sotong, etc) tidak
harus dimakan. Malah ada yang mengharamkannya.

Khasiat Belut ...

6 comments:

ibuintan December 30, 2012 at 7:56 AM  

sy geli dengan belut,, org kata sedap

Kunang-Kunang December 30, 2012 at 11:12 AM  

Salam Prof,

Mungkin saya seorang lagi yang geli dengan belut, mungkin kalau ada pilihan, belut pilihan terakhir.

Werdah December 30, 2012 at 11:18 AM  

Assalamau'alaikum Prof

Saya suka laksa berkuah belut.. selalunya (dulu-dululah) bila singgah di Kuala Kangsar mesti cari laksa kuah belut. Tapi kalau nak masak sendiri geli pula nak pegang.

Pengasas December 30, 2012 at 1:57 PM  

Salam ibuintan,
Kalau geli tak perlu urus. Tunggu makan saja. Memang best. Boleh ketagih oooo.

Pengasas December 30, 2012 at 2:00 PM  

W'salam Kunang-kunang,
Orang perempuan bagus makan. Kulit jadi lebih halus dan indah. Awet muda. Itu sebab belut jadi ubat kepada pelbagai sakit kulit.

Pengasas December 30, 2012 at 2:03 PM  

W'salam Werdah,
Strategi bagus tu. Tak perlu urus sendiri. Makan saja.
Anak saya suka menguruskannya. Konon, doktor tak timbul masalah geli atau ngeri...

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP