Wow, cepatnya bercambah?
>> 16.10.13
Wow, biji Jarjir yang disemai petang semalam (raya)
telah bercambah pagi tadi. Maksudnya, tak sampai pun
20 jam selepas disemai dia dah mulai bertunas.
Petang tadi, menyemai bawang besar, sawi hijau dan
bayam (merah dan hijau). Insya Allah, tak lama
lagi akan dapat hasilnya.
6 comments:
Assalamualaikum Prof
Berbudi pada tanah begitulah hasilnya kan..
Sy sangat rindu bercucuk tanam tapi apakan daya keadaan tk mengizinkan.
Nikmat tanam sayur sendiri
W'salam nyanyisunyi,
Cerita hari ini saya tanam dalam bekas (besen) di hadapan rumah (PTL: Pertanian Tanpa Ladang).
Pedasdanmanis,
Benar. Sedap dimakan dan seronok di hati. Lebih berkhasiat dan menjimatkan.
Bila tengok blog kawan2 yang suka tanam2 teringin rasa nak tanam2 jugak tapi takut pula semangat je lebih nanti di biar je pulak pokok2 cam gitu je....
JunAina,
Mulai tanam sikit dulu. Lama-lama jadi banyak. Satu dari cara kekalkan semangat, kita jangan ghairah nak buat sekali banyak. Selamat bertani (sekalipun tanpa ladang (PTL)).
Post a Comment