Curi Gambar Dari Dango Mamamat
>> 31.12.08
Beberapa hari yang lalu sempat curi gambar dari blog Mamamat (dah bagi tahu pada dia). Gambar ini amat menarik. Bila direnung lama-lama, banyak kenangan dan impian menjelma. Hanya diri sendiri yang memahaminya.Kadang-kadang rasa sayu dan sesekali rasa pilu. Ada masanya rasa lebih bersemangat dan ada ketika pula rasa sebak. Gambar ini seolah-olah menceritakan perjalanan hidupku yang mencecah usia 61 tahun pada 2 Januari 2009. Sebentar lagi 1.1.2009, berarti genaplah 7 tahun bersara.
Sebelum itu, dalam bulan Januari 1959 (lupa tarikh sebenar) aku mula merantau menuntut ilmu di Perak, di Pulau Pinang, di Kelantan dan di KL. 21 Disember 1972 ke Mesir dan balik pada 17 Mac 1976. Pada 30 Ogos 1982 ke England dan balik pada 30 Ogos 1986. Sebahagian pengalaman, seolah-olah ada tercatat dalam gambar ini. Hanya aku yang mengerti.













































