Kari dan Kuah Air ZamZam ...?
>> 19.8.11
'bekalan akan dipotong'. Bayar bil kat mesen selalu pun
ada masalahnya. Yang jadi mangsa ialah pengguna.
Kemudian, ke Tesco. Cari ikan besar nak masak kukus. Keciwa,
tak ada ikan besar. Dah habis. Kalau ikan kecil dah selalu
sangat. Urusan masak pun agak cerewet. Nak beli daging dan
tulang kambing pun tak ada. Akhirnya beli daging lembu.
Sampai di rumah, isteri masak nasi minyak kukus. Saya kontrak
masak lauk-lauk dan sayur. Daging dimasak dengan dua cara atau
jenis. Semua itu adalah ciptaan sendiri semasa bujang-bujang
dahulu. Ketika makan, seorang anak bertanya:
Kari yang abah buat ni guna Air ZamZam ke?.
Menu petang hari ini ialah nasi putih, pucuk paku masak lemak
dan gelama masin goreng. Ya salaam, alhamdulillah ...!
2 comments:
Beruntung dapat suami pandai masak.
Selamat menyambut 10 Ramadhan terakhir semoga sihat sentiasa.
Salam Kunang-Kunang,
Masak tanpa tauliah. Banyak ciptaan sendiri ajer. Kalau dah lapar, terpaksalah makan.
Ramadham Karim.
Post a Comment