012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Silap silap ... Puding Serbuk Kari ...?

>> 17.8.11

Gambar hiasan. Google.

Minggu pertama Ramadhan, menantu dari Bandar Baru Nilai datang
dan bawa Puding Gula Hangus. Saya minta resepinya. Saya sangka
resepi mazhab Kelantan jauh berbeza. Rupa-rupanya lebih kurang
jer dengan mazhab Selangor.
Kalau ada pembaca lelaki yang kali pertama nak cuba buat puding
petang ini boleh cuba cara saya sebagai berikut:

Bahagian A.

1. Sediakan pelengat (loyang) yang hendak dimasukkan ke dalam
pengukus. Ukuran pelengat antara 20 - 25 cm. Masukkan 10 sudu
besar gula biasa. Ratakan. Usah biar terkumpul seperti busut.
2. Nyalakan api di dapur. Minimumkan nyalaan. Letakkan pelengat
yang sudah berisi gula tadi. Biarkan hingga semua gula menjadi
cair. Segera angkat pelengat dan letak di tempat selamat. Awas
dari anak kecil atau cucu.
3. Padamkan api dapur. Jimatkan gas.

Bahagian B.

1. Masukkan air ke dalam pengukus dan letakkan ke atas dapur
yang belum dinyalakan api.
2. Nyalakan api dapur. Maksimumkan nyalaan. Bila air mulai
mendidih, minimumkan nyalaan. Pendidihan air dalam pengukus
pun jadi minimum.
3. Masukkan 9 biji telur ayam ke dalam blender. Kulit telur
hendaklah dibuang ke dalam bekas sampah.

4. Masukkan pula sedikit (kira-kira 1 sudu kecil) garam halus.
Tujuannya untuk menghilangkan hanyir telur.
5. Masukkan juga 3 kuntum bunga cengkih yang telah ditumbuk
dalam lesung sambal yang dibasuh. Kalau lesung tidak dibasuh
nanti puding terasa pedas atau belacan. Tujuan memasukkan
bunga cengkih ialah untuk menghilangkan hanyir telur.

6. Masukkan pula 3 sudu besar tepung jagung atau kastad. Awas,
usah tersilap ambil bungkusan serbuk kari. Kecuali kalau anda
nak cuba puding pedas.
7. Masukkan pula susu pekat 1 tin.

8. Masukkan pula 2 cawan air bersih.
9. Tutup blender dan blend semua tu kira-kira 15 saat.
10. Buka tutupan blender dan masukkan isinya ke dalam pelengat
yang ada gula (Bahagian A.) tadi.

11. Masukkan secara berhati-hati pelengat itu ke dalam pengukus.
Tutup pengukus. Kalau suka, usah terlalu rapat. Biarkan kira-kira
40 - 45 minit.
12. Tutup api dapur. Keluarkan pelengat dari pengukus.
13. Tutup pelengat dengan pinggan nipis yang lebih besar.
Kemudian, terbalikkan. Haa, maksudnya pinggan penutup tadi
berada sebelah bawah dan pelengat pula berada sebelah atas.

14. Angkat pelengat secara perlahan. Puding pun sudah berada
dalam pinggan nipis tadi.
15. Sejukkan.

2 comments:

jamiri August 18, 2011 at 7:56 AM  

Salam Dr. Abdul Wahab,
Terima kasih dengan memberi resepi tu...InsyaAllah saya akan mencubanya.

Pengasas August 18, 2011 at 11:57 AM  

W'salam Jamiri,
Selamat mencuba ...

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP