Wanita oh Wanita ...!
>> 15.8.11
Pada 18 Mac 2005, Dr. Amina Wadud menjadi wanita pertama
yang mengimamkan solat Jumaat bagi para makmum lelaki dan wanita
di New York.
Pada 11 Jun 2010, Ms. Raheel Raza pula menjadi imam solat Jumaat
bagi golongan makmum lelaki dan perempuan di Oxford.
Dalam bulan Ramadhan sekarang ini, sebuah negara Islam di benua
Arab telah melantik beberapa imam wanita untuk solat Isyak dan
Tarawih di beberapa surau (musallayat) untuk para makmum wanita.
Namun, di beberapa buah surau, beberapa orang lelaki turut
menjadi makmum.
Sebelum ini, wanita menjadi imam solat kepada ahli keluarga
(lelaki dan perempuan) memang diamalkan di beberapa negara Islam
di Asia Barat.
0 comments:
Post a Comment