012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Nombor Kiraan Usia Berubah lagi

>> 30.12.10

9.15 pagi mulai tidur. Malam tadi berjaga sepanjang waktu. Buat apa? Buat apa lagi, komputer dan internet lah jawabnya. Lepas zuhur, sambung berinternet. Meronda dengan uncle Google.

Besok, 31 Disember, PM suruh cuti. Tapi saya nak mengubah anak-anak pokok petola ke dalam beg plastik dan letak kat belakang rumah. Bila berbuah nanti senang nak petik. Sabtu, 1 Januari 2011, dunia suruh cuti. Saya nak mengubah anak-anak pokok cili padi ke dalam beg plastik. Nak letak kat belakang rumah juga.

Adapun hari Ahad, 2 Januari, hari maulid saya. Seumur hidup tak pernah sambut hari maulid. Baru-baru kawin dulu, isteri selalu letak kad ucap harilahir dalam almari pakaian. Bila saya buka almari, saya pun terjumpa. Kejutan lah tu. Sekarang dia tak buat. Sebab, saya bagitahu dia itu adalah bid'ah. Rasulullah pun tak buat.

Syahdan, hari Ahad, 2 Januari 2011, juga hari hantar Anas ke asrama. Cadang nak bergerak dari rumah sebelum subuh. Bersubuh di R&R. Dia kata nak buru pendaftaran awal dan pilih dom yang baik.

Demikianlah adanya.

8 comments:

wartamaya December 30, 2010 at 10:56 PM  

Salam Tuan,
Selamat menyambut Ulangtahun. Semoga panjang umur dan sihat walafiat hendaknya.

A Mum Of Three Mohd December 31, 2010 at 7:45 AM  

Salam Dr Wahab,

Mum pun nak ucapkan selamat berubah umur.Semoga Dr dilanjutkan-Nya usia dan diberikan kesihatan yang sempurna dan dimurahkan rezeki.

Dan... semoga cita-cita serta projek yang sedang diusahakan akan berjaya.

Mum doakan perjalanan pergi dan balik menghantar Anas nanti... selamat dan dilindungi Allah SWT sentiasa.

Salam untuk akak.

jinkamen December 31, 2010 at 10:49 AM  

salam tuan,
seronok baca entry tuan mengenai kebun dan tanaman.insyALLAH saya pon teringin berbuat demikian apabila sampai pada waktunya.
moga tuan sihat sentiasa dan penjadualan kerja tuan terlaksana dengan jayanya.aaaaaami.nn

Pengasas December 31, 2010 at 7:47 PM  

W'salam WartaMaya,
Terima kasih kerana mendoakan.

Pengasas December 31, 2010 at 7:48 PM  

W'salam M3M,
Terima kasih kerana mendoakan. Salam untuk F3M.

Pengasas December 31, 2010 at 7:51 PM  

W'salam JinKamen,
Terima ksih kerana mendoakan.
Mengenai tanaman tu kita boleh buat secara sambilan. Keluarkan peluh secara joging boleh digantikan dengan bercucuk tanam depan rumah.

anakmuaallaf January 1, 2011 at 10:18 PM  

Salam Dr.
Umur meningkat tapi masih bersemangat.Moga panjang umur dan murah rezeki...

Pengasas January 3, 2011 at 9:52 PM  

W'salam AnakMuaallaf,
Terima kasih kerana mendoakan. Semoga puan sekeluarga lebih baik lagi.

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP