Bermacam Jenis Kahwin
>> 11.11.09
Bagi golongan syi'ah ia tetap harus. Kerana Rasulullah tiada kuasa membatalkan hukum Allah atau Rasulullah tidak pernah mengatasi Allah. Jauh sekali taraf saidina Umar dari taraf Allah. Jadi, syi'ah tetap mengatakan mut'ah adalah harus dan dakwaan pembatalan adalah palsu dan bertentangan dengan akidah. Maksudnya, adakah anda percaya yang Rasulullah lebih berkuasa daripada Allah? Adakah sidina Umar lebih tinggi darjatnya dari Allah hingga dia boleh membatalkan hukum Allah?
Walaupun ahlus sunnah wal jama'ah mengharamkan mut'ah, tetapi mereka mempunyai banyak jenis perkahwinan yang jarang didedahkan, kecuali akhir-akhir ini. Antaranya kahwin urfi (di Mesir, banyak orang Melayu yang berduit melakukannya), kahwin niat cerai dan kahwin misyar. Setiap jenis itu ada pula sub-jenisnya.
Maklumat contoh di sini; di sini; di sini; di sini; di sini;
dan di sini.
5 comments:
Salam Dr.
Adakah maksudnya Ahlissunah memandai-mandai? Apakah pula hukumnya mengharamkan apa yang Allah halalkan?
Salam...
Hukum mengenai keharusan nikah mut'ah ada di dalam al-Quran, tak silap saya surah an-Nisa' ayat 24. Kononnya ada hadis nabi yang mengharamkan nikah tersebut, iaitu pada Perang Khaibar. Umum mengetahui bahawa Hadis tidak boleh memansuhkan hukum al-Qur'an. Hanya ayat al-Qur'an saja yang boleh memansuhkan hukum yg terdapat di dalam al-Qur'an. Bukannya hadis ataupun pendapat sahabat. Yang musykilnya kenapa hadis ini dipakai??? Ia kemungkinan hadis palsu. Kita umat Islam pada zaman ini ramai yg tak sedar bahawa kita ada mengamalkan hadis palsu dan hadis dha'if dalam kehidupan seharian kita.
Nikah mut'ah diharuskan bagi mengelakkan gejala zina. Tapi ada orang yg mengaku Islam mendakwa bahawa nikah mut'ah itu adalah salah satu bentuk pelacuran.
W'salam MountDweller,
Ahlussunnah mengatakan Rasulullah yang mansukhkan. Ada juga riwayat, saidina Umar yang mansukhkan.
Terpulanglah pada akidah masing-masing.
W'salam ReformisJalanan,
Apa yang saya faham, tiada ayat al-Qur^an yang memansukhkan.
Jika ada yang dimansukhkan samalah dengan maksud tidak digunakan lagi. Setahu saya semua ayat al-Qur^an berguna sepanjang zaman.
Salam,
Jika benarlah Rasullullah S.A.W dan Umar Al- Khattab R.A membuat kesilapan yang besar yakni bertentangan dengan hal aqidah Islam... apakah Allah itu tidak mengetahui akan hal ini. Rasullullah diutuskan untuk memberi petunjuk jalan yg benar. Diciptakan dunia dan alam semesta ini untuk baginda. Kita yang menumpang ini ikutilah segala sunnahnya. Siapa lagi yang lebih memahami Al-Quran dari baginda? Akhlak Rasullullah ialah Al-Quran dan pernah diriwayatkan Rasullullah adalah seperti Al-Quran yang bergerak. Jika sahabat-sahabat baginda yang menyokong perjuangan baginda selama mana baginda hidup, selepas itu mereka berdusta kepada umat Nabi Muhammad S.A.W, apakah Allah itu tidak mengetahui akan hal ini? Semuanya daripada perancangan-NYA. jangan lah kita sempit fikiran kita untuk memudahkan lagi agama walhal Islam itu sudahpun mudah dan menepati lumrah manusia sejagat. Adil ke mut'ah ini untuk kaum hawa.. bayangkan kalau ibu kita, anak perempuan kita atau adik beradik kita yang terjerumus dlm mut'ah dan pihak lelaki tidak bertanggungjawab. Renungkan...
Post a Comment