Kursus Asas Pembenihan Pokok-Pokok Temperate secara maya. Email: universiti.maya@yahoo.com untuk keterangan lanjut.

11.11.09

Nak Kawin Lagi!

Minggu lepas, seorang kawan baik semasa belajar dulu call awal pagi. Terkejut juga saya. Katanya, dia dapat nombor dari seorang bekas student saya. Hati cukup seronok dapat bercakap dengan kawan lama.

Katanya lagi, dia mahukan alamat lengkap rumah saya. Saya pun cepat-cepat bagi. Dalam hati saya, cepat bagi alamat rumah maka cepatlah dia datang ziarah. Bolehlah kami borak panjang. Tapi, katanya, dia hanya nak hantar kad jemputan kahwin, dalam bulan Desember nanti. Saya pun cepat-cepat ucap tahniah dan bertanya, menantu yang ke berapa ni?

Dia jawab, bukan kenduri kahwin anak. Bukan nak sambut menantu. "Habis, nak sambut cucu ke?" tanya saya. "Cucu pun bukan lah. Apa you punya fikiran masih takuk lama!" jawabnya.

Aik! Fikiran takuk lama? "Ni Hab, kenduri perkahwinan aku laaa. Nak sambut isteri kedua," sambungnya lagi. Secara tidak bersemangat, saya ucap juga tahniah kepadanya. Semoga panjang umur dan dapat anak-cucu lagi!

7 comments:

KiTTuN November 12, 2009 9:21 AM  

Salam dr.
Saya sgt alergi bila dengar lelaki nak kawin lagi utk isteri yg kedua. Tapi bagi sesetengah lelaki dia berasa bangga. Walaupun poligami dihalalkan dalam islam itu bukan bermakna kita dapat lesen besar utk berkahwin lagi tanpa sebab musabab. Perkahwinan itu bukan satu hiburan tapi amanah yg cukup besar. Kadang2 lelaki itu lupa sewaktu susah diawal perkahwinan pertama isteri sanggup susah bersama2. Makan nasi sebungkus kongsi 2 org pun tak kesah. Tidur atas tikar mengkuang pun tak kesah, Janji susah sama2. Malangnya bila sudah senang, bila rasa duit lebih sikit, Banyak masa free, hidup tak terbeban oleh anak2 lagi, lelaki mudah lupa dan mula mengindam pucuk muda. Uish...! susah saya nak menerimanya. Hidup yg tak berapa kerat yg tinggal Sepatutnya bila dah berusia ni masa diluangkan utk menambah amal ibadat, malam2 bangun buat kiamulai, bukan bangun buat susu anak!

Pengasas November 12, 2009 9:32 AM  

W'salam KiTTuN,
Hikmah disyari'atkan berpoligami bukanlah untuk bermain-main. Ia melibatkan keadilan sosial dan ketenteraman banyak jiwa, sekurang-kurangnya.
Mengenai kawan saya itu, saya tidak tahu latarbelakangnya. Namun, saya tak tanya apa-apa. Bimbang dikata menyebok atau anti syari'at.

KiTTuN November 12, 2009 9:37 AM  

Doa2kan lah semoga dia dapat berlaku adil... :D

aku November 12, 2009 9:48 AM  

salam tuan pengasas,
hahaha
ingatkan tuan yg nk kenduri..

kakcikseroja November 12, 2009 9:53 AM  

Salam Dr..

kenduri besar agaknya tu ya? Siap nak hantar kad jemputan lagi. Mungkin dia dah kematian isteri pertama kot!

Pn Kartini November 13, 2009 9:52 AM  

Salam Dr...:)
Tahniah hambar dari teman lama..ermm..tak semangat ekk Dr..:)
Moga diberikan kebahagiaannya..

rosnanie November 14, 2009 9:56 AM  

Kittun, biarkan dia dengan labunya.
Ada yang jenis otak singkat memang suka nak kawin 2, 3. Tapi masih ramai yang berfikir pjg. Sepatutnya diusia senja ni mereka banyakkan ibadat, tp mereka kembali sibuk spt mana mereka muda dulu bila isteri mula melahirkan, masa ni barulah diaorang tahu langit tu tinggi ke rendah

Followers (A - E):

Pemaya (A - J)

Followers (F - M):

Pemaya (K - R)

Followers (N - Z):

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP