012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Keputusan Temuduga Tauliah?

>> 5.11.09

Peristiwa ini berlaku di sebuah negeri entah berentah. Sebuah lembaga temuduga untuk pentauliahan mulai bersidang.

Tempat bersidang:
Bilik indah berhawa dingin.

Ahli persidangan:
19 orang.

Kelayakan Ahli:
1 orang SarjanaMuda Syari'ah; 1 orang SarjanaMuda Usuluddin; 1 orang SarjanaMuda Pengajian Qur^an; 1 orang SarjanaMuda Pengajian Sunnah; dan 15 orang Sijil 4 Thanawi
(setaraf dengan SPM).

Peserta yang akan ditemuduga:
2 orang (1 berkelulusan Sarjana Perbandingan Fiqah; dan
1 berkelulusan Doktor Falsafah Pengajian Hadith).

Skema soalan temuduga:
Maksud Islam, Iman dan Ihsan; hikmah berpuasa enam; hukum orang yang membuat 'aqiqah memakan sebahagian dari daging 'aqiqah; rukun serta syarat sebuah talqin yang baik; contoh keistimewaan mazhab Syafi'iy berbanding dengan mazhab lain; rasional qunut itu disunatkan; kesesatan golongan wahabi; bla; bla; bla.

Keputusan temuduga:
Semua peserta gagal. 1 orang gagal, kerana jawapan terlalu ringkas. Jawapan hanya dengan ayat-ayat Qur^an dan hadith tanpa terjemahan. Dia menjawab hanya dengan bahasa Arab, tanpa diselangseli dengan bahasa Melayu. 1 orang lagi gagal, kerana tidak menjawab sebarang soalan. Dia hanya sekadar tersenyum sahaja. Belum selesai temuduga, dia dah keluar.

10 comments:

cintaku November 5, 2009 at 9:25 PM  

salam.aduss,makan dalam.

aku November 5, 2009 at 9:38 PM  

salam tuan,
entah kenapa tetiba aku teringat arwah kyai hj ma'asom sg tengar..

Pengasas November 5, 2009 at 10:23 PM  

W'salam Aida,
Kenapa negeri kita anti orang berpelajaran.

Pengasas November 5, 2009 at 10:29 PM  

W'salam Aku,
Aik! Maaf! Anda siapa ni?
Marhum kiyai Hj Ma'asom Sg. Tengar itu ialah suami marhumah toksu saya. Toksu ialah adik bungsu nenek saya sebelah ibu.
Harap mendapat respon. No. saya 0123635658.

Werdah November 6, 2009 at 8:25 AM  

Salam Dr.

Inilah peliknya negaraku!!

Unknown November 6, 2009 at 2:01 PM  

Salam Dr.

"1 orang lagi gagal, kerana tidak menjawab sebarang soalan. Dia hanya sekadar tersenyum sahaja. Belum selesai temuduga, dia dah keluar"

Malu nak jawab sebab Panel penemuduga kemukakan soalan bodoh.

Dia keluar sebab soalan itu bukan untuknya tetapi untuk budak tingkatan 3.

tok ayah November 6, 2009 at 5:53 PM  

Itulah namanya kibir...Ada PhD tapi tak ada sanad. Jadi x de authority nak ngajar hadis...Tak layak

Pengasas November 7, 2009 at 2:48 AM  

W'salam Werdah,
Werdah tahu nama negeri tu!

Pengasas November 7, 2009 at 2:49 AM  

W'salam MountDweller,
Benar tu. Tapi lembaga temuduga mungkin tak sedar!

Pengasas November 7, 2009 at 2:50 AM  

Salam TokAyah,
Saya tak faham!

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP