Latihan Amali Pemborohan
>> 21.11.09
Pagi tadi saya sampai ke kebun lebih awal dari kebiasaan. Mungkin kerana semangat baru setelah lama berehat.
Semasa bersiap sedia hendak meracun rumput bloggers ISA, RadenJowo dan Ramli sampai. Kelihatannya, mereka lebih bersemangat dari saya. Malah, antara mereka macam berebut giliran untuk memotong rumput. Mesin yang ada hanya satu.
Dalam tradisi orang Cina, kalau nak jadi tauke seseorang itu mesti pandai buat kerja-kerja boroh. Barangkali itu sebab bloggers tu berebut nak buat kerja. Semua nak pandai potong rumput dengan mesin.
Yang saya rasa lucu, selepas semua dapat giliran dan berehat, tangan masing-masing menggeletar. Pegang gelas minuman pun terpaksa dengan dua belah tangan. Kalau sebelah tangan sahaja, maka gelas akan terbang entah ke mana.
Kalau saya jadi jurunilai, semua mereka dah boleh jadi tauke. Tauke kontrek mesin rumput.
Besok, kami ke kebun lagi. Latihan menyembur racun rumput pula.
Projek apa ye? Tunggu pengemuman mereka!
2 comments:
Salam Dr.
Tanya Raden, esok nak bawa berapa helai baju pula?
Baju mesin rumput
Baju nak buat swimming pool
Baju nak meracun
Setiap satu tugas mesti tukar baju...
Suspen nya, agak-agak projek apa nih ? anngur, apple, blackberry atau kiwi ? kalau projek biasa dua bloger tentu tak bersemangat gitu...
Post a Comment