Khurafat didahulukan, Tauliah diutamakan
>> 5.11.09
Ahli PAS dan orang UMNO, dalam beberapa aspek, serupa sahaja. Dalam hal-hal mazhab, mereka sama sahaja. Amalam dan pegangan umum, mereka tak berbeza.
Justeru, pada hakikatnya, Malaysia tak perlu orang berpelajaran atau bijak agama (ulama). Sebab, kalau ada pun nak buat apa?
Seorang yang berkelulusan first atau second degree, nak bercakap apa mengenai agama. Walau ada tauliah pun, kalau mengajar amalan yang berbeza dari ajaran tok lebai kampung, dia akan ditangkap dan dituduh membawa ajaran yang berbeza dari amalan orang ramai.
Begitu juga seorang yang bertaraf doktor falsafah, nak bercakap apa mengenai agama. Nak sebut "talqin" itu bid'ah? Bukankah "talqin" itu amalan orang kampung sejak sebelum merdeka lagi? Nak cakap fasal aliran pemikiran lain? Alamatlah dituduh penganut shi'ah atau wahabi. Kalau komplen pasal mazhab, lagilah ditolak. Seolah-olah Rasulullah itu pengikut mazhab.
Kesimpulannya, pegangan dan amalan Islam Melayu dah OK dan sempurna. Tak kiralah kalau penuh dengan bid'ah atau sarat dengan khurafat. Apa yang dipegang dan diamalkan oleh orang kampung jangan ditegur atau dikomplen. Kerana, semuanya syumul dan mantap, sekalipun tak sama dengan amalan Rasulullah.
1 comments:
Salam Dr.
Begitulah yg terjadi pada akhir zaman; Hadis "Tidak akan brdiri kiamat itu dehinggalah kamu akan lihat berlakunya perkara2 pelik lagi ajaib yg tidak pernah kamu lihat sblm ini dan tidak pernak kamu bercerita perkara ini pd diri kamu sblm ini".
Post a Comment