012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Masyarakat Iblis Di Malaysia

>> 19.11.09

Saya terfikir kenapa JAIS terlalu marah kepada Dr. Asri mengajar tanpa tauliah? Kenapa pihak berkuasa agama terlalu heboh pasal Wahabi? Kenapa hal-hal jahat berleluasa?

Contoh kejahatan yang belum didengari mendapat cegahan dari pihak berkuasa ialah aktiviti swingers lifestyle. Swingers lifestyle sudah lama merebak di negara kita. Kenapa tidak kedengaran sebarang tindakan dari pihak berkuasa agama?

Lihat contoh-contoh di sini, di sini, di sini, di sini, di sini dan banyak lagi.
Apa dah jadi dengan negaraku?

4 comments:

AiNeRzA November 19, 2009 at 10:45 AM  

Saya pun takut dengan zaman sekarang...rasa macam dah x ada kekuatan untuk menghalang ini semua...apa yang mampu hanyalah diri kita...ELAKKAN~~Berdoa saja...takut untuk anak2 sy menghadapinya nanti...YA ALLAH~~

ZOOL@TOD November 19, 2009 at 11:16 AM  

Melayu moden. Teringat kisah kawan saya (melayu Islam) berbangga dengan piala yang dimenangi (paling handal minum arak). Mengamalkan cara hidup sosial (bertukar pasangan tidur hampir setiap bulan).

Agaknya dia ni langsung tak terfikir wujudnya neraka pada ketika itu. Kali akhir saya mendengar cerita dia telah berkahwin beberapa tahun sudah. Saya berdoa semoga Allah memberi petunjuk kepadanya. (Nasihat pun dia buat bodoh je...)

is November 19, 2009 at 1:46 PM  

Tuan, Wahabi boleh mengakibatkan akidah umat islam tersasar.
Manakala perkara jahat yang tuan link disini,disini,disini tu sebenarnya hanya yang biasa dan yang sejenis puak puak ni je pergi ketempat yang hina tu. Salah tetap salah, dosa tetap dosa. bukan semua orang islam yang pergi, Bak kata pemimpin pakatan kita, arak ada dikelantan kerana orang cina pun nak minum juga. lebih kurang macam tu la perumpamaannya. tetapi kalau pasal dr maza ni, lain sikit sebab mengakibatkan akidah dan amalan amalan yang diamalkan oleh pengikut ASWJ selama ini. Kalau wahabi tidak menidakkan apa fahaman lain tak pe, ni tidak, wahabi je yang btul. Ajaran lain salah dan jangan diikut. Itu yang salahnya wahabi dan maza
wassalam

is November 19, 2009 at 11:29 PM  

Thursday, November 19, 2009
DARUL WHISKEY vs DARUL ARAK?

POSTING saya pada 16 Nov lepas bertajuk Kota Arak di Selangor nampaknya menarik pandangan beberapa bloggers. Sebuah blog yang pro-pembangkang membangkit soal pusat pengedaran Guinness Anchor Marketing di Jalan Sultan Azlan Shah yang kononnya terletak di bawah DUN Sungai Rapat (DUN BN).

Seperti biasa blogger-blogger ini melemparkan tuduhan kononnya kelulusan untuk membuka pusat pengedaran itu di buat oleh kerajaan Barisan Nasional. Saya juga tersentak di atas tuduhan berkenaan oleh seorang blogger yang menuduh saya sebagai "lahabau-lahanat".

Bagaimanapun saya tidak terdidik dengan perangai seperti itu. Baik oleh kedua ibubapa saya mahupun guru-guru juga "boss" saya Dr Zambry. Mungkin blogger berkenaan terlepas kelas akhlak sewaktu di sekolah atau kedua ibubapanya terlupa untuk mengajar beliau perkataan sopan dan menjadi manusia beradab, wallahualam bissawab.

Berbalik kepada tuduhan yang dibuat oleh dua blogger PAS, itu dalam semakan yang dibuat untuk membuka pusat pengedaran seperti itu tidak memerlukan lesen atau permit dari mana-mana pihak. Bagaimanapun, kelulusan untuk membina bangunan itu diluluskan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat pada 30 Disember 2008.

Bangunan itu terletak di bawah DUN Pinji, Parlimen Ipoh Timor dan bukan DUN Sg Rapat seperti yang didakwa oleg blogger-blogger PAS itu. Ia juga tidak mendapat kelulusan daripada Majlis Bandaraya Ipoh untuk meletakkan papan tanda.

Jadi sebelum menuduh orang lain, periksa diri sendiri dahulu. Wallahualam bissawab.

Posted by NIZAM ISA at 4:04 PM

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP