012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Gebunya Pipi Dia

>> 7.11.09

Hari ini Seminar Khas PAS. Seminar ini bukan pemimpin turun padang, tapi akar-umbi dikorek masuk lori. Semasa dalam suasana seminar ini tentu banyak hal yang diwar-warkan kepada peserta. Antaranya ialah hal Konvensyen Blogger PAS 2009.

Inisiatif PAS ini memang bagus walaupun terlambat. Bloggers persendirian dah berpuluh-kali buat konvensyen. Dah tubuh universiti terbuka sendiri pun. UREKA, sebagai contoh. Dan ada juga member-member yang dah setup bisnes. Bukan saja dah pulang modal, tapi dah simpan keuntungan.

Bila sebut "Blogger PAS", baru saya sedar rupa-rupanya PAS ada blogger sendiri. Parti politik lain belum ada bloggers sendiri. Maksudnya, dalam hal blogging, PAS jauh lebih maju daripada parti-parti lain. Dalam muktamar sanawi tahun depan tentu ada pembentangan atau laporan kewangan serta aktiviti yang berkaitan dengan blogging dan bloggers.

Semasa membaca pemakluman mengadakan konvensyen tersebut saya tercari-cari jika ada dinyatakan objektif konvensyen. Tapi, tak jumpa. Bila tak jumpa objektif yang tersurat, fahamlah saya tentulah objektifnya tersirat. Lagipun, objektif boleh dikatakan sebagai niat. Niat, mana ada yang tersurat. Semua niat tersemat dalam hati.

Agak-agak, apa objektif Konvensyen Blogger PAS 2009? Kenapa banyak ahli-ahli PAS yang jadi blogger tak mengaku sebagai blogger parti? Atau, memang PAS saja-saja mengaku setiap ahli parti yang jadi blogger dikira sebagai blogger parti? Memang gebu pipi PAS!

4 comments:

Unknown November 7, 2009 at 2:45 PM  

Salam Dr.

Gebu tu sama macam tersorong-sorong ke Dr.

bikirperak November 7, 2009 at 4:50 PM  

Salam Dr....

Teman tercari-cari kenapa PAS ni selalu ketinggalan ?

Rupanya mereka ni selalu salah BAS oh! patutleee....oleh tu

"mampus pie lah hangpa oiii..." !!

Pengasas November 8, 2009 at 10:37 AM  

W'salam MountDweller,
Ye, benar. Setahu saya PAS tak ada blogger. Yang ada orang/pemimpin PAS jadi blogger. Semua tanggungan sendirian.
Kalau tak ada apa-apa share mana boleh mengaku!

Pengasas November 8, 2009 at 10:39 AM  

W'salam BikirPerak,
Ye la. Ada juga yg tunggu bas nak ke Kota Kinabalu.

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP