Cara Buat Jeruk Daun Anggur (Edited)
>> 27.6.09
1. Sediakan daun-daun anggur yang berumur antara 3 - 5 minggu. Basuh dengan bersih dan tuskan.
2. Susun daun-daun anggur seperti kita menyusun daun-daun sirih.
3. Sediakan bekas untuk menjeruk. Sebaiknya bekas kaca yang terang dan ada penutup. Contoh, bekas nescafe yang telah kosong. Basuh dengan bersih dan tuskan.
4. Jerang air garam hingga mendidih. Padamkan api dan biarkan air hingga suam.
5. Masukkan daun-daun anggur yang telah disusun ke dalam bekas.
6. Masukkan air suam ke dalam bekas hingga daun-daun anggur hampir tenggelam.
7. Masukkan jus lemon ke dalam bekas yang berisi daun-daun anggur dan air suam hingga tenggelam daun-daun anggur. Kemudia, tutup rapat.
8. Simpan hingga seminggu. Sekarang, anda sudah boleh menggunakannya.
5 comments:
Salam Dr Wahab,
Maaf ler, teman ni benggap sikit bab2 ni. Udah tahu cara bak buat nyer tapi macam mana pulak cara nak makan nya?
Adakah macam kita masak ceruk sawi atau kobis?
W'Salam Mum...,
Cara makan, boleh dijadikan ulam begitu sahaja (dengan nasi), diratah atau dibuat seperti dalam:
http://kepepam.blogspot.com/2009/05/makanan-dibalut-daun-anggur.html
makanan begini terkenal di restoran2 di US, Europe dan timur tengah.
Salam Dr.
Saya pun macam A Mum Of Three Mohd juga dan apakah khasiatnya?
W'Salam MountDweller,
Adapun khasiat daun anggur segar, lihat di sini:
http://abdulwahabarbain.blogspot.com/2009/06/khasiat-daun-anggur-segar.html
Syahdan, khasiat daun anggur jeruk pula, lihat di sini:
http://abdulwahabarbain.blogspot.com/2009/06/khasiat-daun-anggur-jeruk.html
Demikianlah adanya.
Salam Dr Wahab,
Tima bebanyak ler.
Post a Comment