012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Sepat Kering: Cikgu Zaid Banyak Pahala

>> 4.6.09

Allah itu Maha Kaya. Memilikki segala dan semua. Dia beri rezeki yang tidak terhingga kepada hambaNya. Yang dipinta, yang tidak dipinta dan yang tidak sempat dipinta oleh hambaNya.

Antara pemberian Allah ialah rezeki kepada cikgu Zaid (AnakPakUtuh). Kemudian, cikgu Zaid sedekahkan sebahagiannya kepada orang lain, termasuk saya.

Cikgu Zaid dapat pula rezeki pahala kerana bersyukur, rezeki pahala kerana bersedekah dan rezeki pahala kerana tidak kedekut. Rezeki pahala sayang sesama manusia. Dan rezeki pahala macam-macam lagi.

Lewat pagi tadi, Cikgu Zaid bersama keluarga, ipar dan anak-anak buah berkunjung ke rumah kami. Kami berterima kasih kerana sudi berkunjung. Kami juga berterima kasih kerana menghadiahkan benih pokok kuini yang kami idamkan. Kami juga bersyukur atas sedekah ikan sepat kering yang kami minati. Terima kasih banyak-banyak dan setinggi-tingginya.

Tengahari ini saya dan adik-adik (tiga keluarga) masak pajeri nenas dan ikan sepat kering. Itulah menu kami semasa di kampung dulu. Itulah antara menu yang ditunjukkan oleh al-marhumah ibu kami. Waduuuhhhh, sungguh berselera kami menikmatinya. Kami sungguh-sungguh bersyukur. Semoga cikgu Zaid sekeluarga dan kami juga, dimurahkan lagi rezeki dan sentiasa bersyukur kepada Allah.

8 comments:

PG June 4, 2009 at 9:46 PM  

Salam Pakcik.
Allah masih sayangkan hambaNya.
Sebab itulah kerana dengan sifat Rahman dan RahimNya,rezki yang tidak kita pinta sentiasa datang walaupun tidak bergolek.

Unknown June 4, 2009 at 10:24 PM  

Salam Dr.

Janji Allah. Murah dengan manusia maka Allah akan permurahkan lagi rezekinya.

Aduish! berair mulut saya tengok ikan sepat tu!

ISA June 4, 2009 at 10:51 PM  

Salam Dr.

Rezeki jangan di tolak, maut jangan di cari. Orang memberi kita menerima.

Banyak bersedekah makin murah rezeki kita, itu janji ALLAH.

Ada lagi ke....? mana tahu... esok petang tiba2 jer saya dan Raden sampai depan rumah Dr. itu pun rezeki juga...ha..ha...ha... gurau jer... meleleh air liur ni.....

Pengasas June 5, 2009 at 1:49 AM  

W'Salam Dr. PG,
Rezeki datang menggolek atau melayang, kita tak kesah. Asal halal, kita bersyukur.

Pengasas June 5, 2009 at 1:52 AM  

W'Salam MountDweller,
Benar tu. Kita pemurah, tapi Allah Maha Pemurah. Tak sempat kita nak ucap syukur, dah mencurah lagi.

Pengasas June 5, 2009 at 1:53 AM  

W'Salam ISA,
Insya Allah ada. Belum habis lagi. Nak ke? Nanti saya reservkan sekor-dua.

marauhirang June 5, 2009 at 1:00 PM  

Salam Tuan....

Izinkan hamba bersurah banjar....

Pajeri nanas wan garinting iwak sapat.....Padankan ngan baras hanyar....Makan di higa talaga di musim menuai padi....angin bertiup ......kanangan lawas waktu masih halui dahulu.....marista hati mangganang uma yang talah pergi......

salam kulaan banjar alai

Pengasas June 5, 2009 at 3:12 PM  

W'Salam MarauHirang,
Ulun kada pati bisa basurah banjar nang halus. Taga amun saikit-saikit bisalah.
Garinting sapat gasar makanan banjar. Kulaannya, wadik. Banjar, amun kada bisa makan wadik, banjar-murtad pang, ju rang.
Barilaanlah!

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP