012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Hebat Ke Orang Dalam Gambar Ni?

>> 15.6.09


Dua tahun lepas, ada peniaga pemakanan tambahan datang ke rumah saya. Dia suruh beli pil yang dijual. Katanya, pil ini cukup baik untuk kesihatan. Terutama bagi orang yang sudah berumur.

Saya tanya, apa rasionalnya? Dia jawab, satu pil ini menyamai makanan 20 biji telur ayam. Kalau makan 2 biji pil sehari, bererti menyamai 40 biji telur. Itulah rasionalnya. Dalam hati saya, dia ni nak kena kali ni.

Saya tanya lagi, siapa yang suruh kita makan 40 biji telur sehari? Bagi tau saya siapa namanya dan duduk di mana? Pada pendapat saudara, itu rasional ke? Kalau saya suruh saudara makan 10 biji kelapa setiap hari, rasional ke?

Dia serba-salah dan terus bersalam dengan saya dan mohon diri secara tergesa-gesa. Oh ye! Apa hebatnya orang dalam gambar ini dan apa faedah badan jadi begitu?


10 comments:

ZAID SAHLAN June 15, 2009 at 11:41 PM  

Ramai yg macam dalam gambar ni . Terlupa tujuan dan matlamat kehidupan, atau terus tidak tahu utk apa kita hidup.

Dida... June 16, 2009 at 1:10 AM  

Salam...

Yang saya tahu.. org yg berkecimpung dlm body builder je yg makan byk telur dlm sehari..

Betul kata prof.. apa rasionalnya org berusia nak makan pil yg khasiatnya serupa dgn 10 biji telur?

kadang2 org ni nak berniaga tp tak punya cukup ilmu ttg apa yg diperniagakan... org yg kurang cerdik pasti akan terperangkap...

Unknown June 16, 2009 at 1:19 AM  

Salam Dr.

Kesian sipenjual tu ye? Kerana bodoh barang yang dijual tidak laku bhakan malu yang dapat!

Teringat saya pada peristiwa saya berbahas dengan mubaligh Kriatian. Hujjahnya saya patahkan dengan juga menggunakan hujjah yang diberikannya. Agak panjang kami berhujjah dari jam 9.00 pagi sehingga 12.30 tengahari. Saya lebelkan pendakyah yang kurang ilmu.

Akhirnya dia cabut!

FATAMORGANA June 16, 2009 at 4:10 PM  

hebat nian gambar nih,.... fotonya siape tu??

Pengasas June 16, 2009 at 10:37 PM  

Salam AnakPakUtuh,
Dalam negara kita, orang macam tu yang dah bertaubat pun ada.

Pengasas June 16, 2009 at 10:39 PM  

W'Salam Dida,
Kalau dah cukup makan, buat apa nak tambah-tambah lagi. Mengarut je!

Pengasas June 16, 2009 at 10:41 PM  

W'Salam MountDweller,
Kalau dah berniaga hanya matlamat keuntungan rm semata-mata, maka rasional pembeli dah tak dihiraukan.

Pengasas June 16, 2009 at 10:43 PM  

Salam Seti@wan,
Hebat, fizikal. Kesihatan jangka panjang perlu juga diambil kira.

PG June 16, 2009 at 10:59 PM  

Salam Pakcik.
Semoga dirahmati Allah.
Hebat kat mana yer orang seperti dalam gambar ni..heheheb

Pengasas June 17, 2009 at 7:41 PM  

W'Salam DrPG,
Tengoklah tu, semua berulas. Tapi ada juga anatomi yang tak diulaskan. Kenapa?

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP