Dapat Yang Ini, Sedap DiRatah
>> 28.6.09
Saya masih ingat, dalam tahun 1960 - 1961, saya ikut ayah menjala udang selepas solat 'Isya^. Pernah juga pasang tempirai. Umpannya ialah isi kelapa bakar.
Cara makan yang sedap, pada selera saya, ia dibasuh dengan air laut dan terus dilayur sekejap pada bara yang kuat. Bukan dibakar. Sedapnyaaaa, manis diratah.
Saya juga suka makan cucur udang. Kerana ada udang. Saya tak minat makan cucur badak. Kerana tak ada badak.
11 comments:
Salam Pakcik.
Semoga dirahmati Allah.
-Goreng pun sodaaappp :)
W'Salam Dr.PG,
Kalau ada gout tak elok makan udang?
Betul ke begitu doktor?
Saya baru jer buat cucur udang, petang tadi, habis tepung sekilo..anak2 dan suami pun mmg suka makan...
Salam Zai,
Kenapalah Zai cerita makanan kegemaran saya tu. Susah saya nak tidur, mengidam nak makan cucur udang. He he.....
Ngapa tak cakap prof suka udang masa ziarah kami dulu, sungai depan rumah kami ini ada macam macam jenis udang yang ada.
Jiran-jiran saya juga ramai yg menjadi nelayan udang, malah ada yg sepenuh masa mencari udang.
Layari blog utk tahu tempat udang paling sedap di T Intan. Pembekal udangnya member baik kami http://fahmeburger.blogspot.com/2009/01/jalan-jalan-cari-makan-di-teluk_4215.html
Salam Dr.
Macam tau2 saja... boleh bau ke? sewaktu Dr. sms saya pukul 8pm tadi berkenaan gambar MB dan Mufti.
Saya tengah syok meratah udang bakar di Pantai Remis, Jeram. Bersama keluarga mertua anak beranak.
Lalu Pekan Meru tadi, dan siap tunjuk lorong masuk ke rumah Dr. pada orang rumah. Cuma tak singgah saja... ha..ha..ha...
p/s: Ini ilmu atau petua apa pula?
Salam APU,
Insya Allah saya akan selalu ziarah ke Teluk Intan. Hanya 141 km dari rumah saya.
Nak udang yang segar.
W'Salam ISA,
Ini lagi kawan bagi saya tak boleh tidur. Jeram tu kan dekat dengan rumah saya. Entah-entah petang besok saya angkut isteri dan anak-anak ke situ.
Terima kasih bagi maklumat.
sedap2 cucur udang letak batang kankung sekali...
Salam Moy,
Cucur udang batang kankung belum pernah. Kalau daun kucai, memang pernah. Sebab dia melembutkan.
kono try tu.. sodap cucur udang batang kangkung....
Post a Comment