Mudah Berurusan Dan Sungguh Menggumbirakan
>> 23.6.09
Saya perhatikan, tidak kurang dari 20 cara berjalan yang luar-biasa di kalangan pesakit. Ada yang berjalan senget, mengendeng, terketar-ketar, melengkung dan sebagainya. Itu baru satu jabatan dan satu hospital.
Semasa berbincang mengenai hasil berbagai pemeriksaan (air kencing, darah dan macam-macam jenis lagi), doktor kata saya cukup sehat. Kolestrol, tak ada. Gout, tak ada. Batu karang, tak ada. Cuma, ada sikiiiit kencing manis dan sikiiiit darah tinggi. "Pakcik tak perlu ambil apa-apa ubat," katanya.
Sampai di rumah pukul 2.18 petang. Kemudian, bawa anak saudara ke SUK berurusan untuk biasiswa. Sebagai orang kampung, saya dan anak saudara dilayan dengan mesra dan bijaksana. Cukup mudah dan cepat selesai.
Hari ini mudah berurusan dan sungguh menggumbirakan.
9 comments:
Salam Pakcik.
Semoga dirahmati Allah.
Syukur alhamdulillah kerana Allah memberi kemudahan pada pakcik.
W'Salam Dr.PG,
Saya cukup bersyukur kepada Allah. Terima kasih kepada doktor dan petugas-petugas di sana.
Ada orang mengeluh pasal layanan di HKL. Tapi saya ok sepanjang masa, tak ada sebarang problem pun.
masa keluar rumah mesti ada amal apa2 ya...
boleh kongsi?
Salam KlCitizen,
Biasa aja. Sebagai muslim, sebelum keluar rumah, baca fatihah dan 3 Qul. Mohon Allah permudahkan semua urusan seperti DIA permudahkan hidup.
Syukur pada Allah yg telah memberi kesihatan dan kekuatan kpd prof.Ramai yg mendoakan & masih ramai di luar sana memerlukan sumbangan tenaga dan ilmu dari prof.
Apapun kami berharap prof dapat mengekalkan disiplin dlm amalan penjagaan kesihatan.
salam dr.
Saya juga sering berurusan di HKL. pada saya apa yang penting ialah kita kena mohon pertolongan Allah memudahkan segala urusan kita.. insya-Allah, dimudahkan-Nya.
Salam AnakPakUtuh,
Terima kasih kerana doakan kesihatan saya serta ingatan supaya saya menjaga kesihatan.
Ilmu Islam adalah terbuka untuk dan kepada sesiapa sahaja. Tak ada rahsia.
W'Salam Nik,
Amalan dan doa kita sama. Kerana kita satu agama.
Selain amalan dan doa, sikap juga kena baik. Kalau sombong susah jadinya. Itu sebab Allah larang kita sombong.
Post a Comment